ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua motosikal bertembung – Lelaki dalam perjalanan pulang ke rumah maut

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya maut selepas motosikalnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Seberang Terus, Kota Kuala Muda, di Sungai Petani, malam tadi.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 59 tahun yang menaiki motosikal pulang ke rumahnya di Kampung Seberang Terus, dilanggar motosikal ditunggang remaja lelaki berusia 15 tahun yang datang dari arah bertentangan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa mahu membelok masuk ke simpang kanan jalan. Jelasnya, keadaan jalan gelap dan motosikal Honda EX5 ditunggang remaja itu tidak mempunyai lampu depan mungkin menyebabkan kemalangan.

Motosikal mangsa tidak sempat mengelak ketika motosikal remaja berkenaan yang ditunggangi laju itu datang dari arah depan menyebabkan berlaku pertembungan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Adzli berkata, mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kemalangan akibat parah di kepala, manakala remaja lelaki yang turut parah di kepala itu dirawat di zon merah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Katanya lagi, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penduduk Tikam Batu Sungai Petani Kedah

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply