ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tak pernah halang misi kemanusiaan, cuma perlu dapatkan kebenaran

Berita Tempatan

Views

Polis tidak pernah menghalang misi kemanusiaan mana-mana pihak bagi menghantar bantuan kepada golongan memerlukan dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara, pada masa ini.

Menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass, berkata semua pihak yang menguruskan misi bantuan perlu jelas dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang kemudiannya, disalurkan kepada Pusat Kawasan Operasi Bencana (PKOB).

Jelasnya, MKN telah menetapkan SOP bahawa semua misi bantuan mesti dilaksanakan oleh PKOB sama ada PKOB negeri atau PKOB daerah. Pihaknya sudah menyelaraskan supaya penyampaiannya lebih teratur.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata beliau, pihaknya ada sistem berpusat yang mengenal pasti siapa layak menerima bantuan supaya ia disalurkan dengan lebih sistematik, sekali gus menyekat sebarang kemungkinan pembawaan COVID-19 daripada luar.

Beliau berkata demikian, selepas melakukan tinjauan dan menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong, hari ini. Yang turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh dan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Semalam, 10 kenderaan membawa bantuan misi kemanusiaan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (Dana Kita) yang dalam perjalanan ke Terengganu diarah berpatah balik di SJR Plaza Tol Bentong kerana gagal menunjukkan surat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sebelum itu, tiga lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan pendakwah terkenal, Ebit Lew turut diarahkan berpatah balik di SJR Plaza Tol Bentong kerana gagal mengemukan surat kebenaran yang sama.

Mengenai tinjauan dilakukan hari ini, Zaini berkata petugas di SJR sudah melalui tempoh penugasan yang lama akibat pandemik COVID-19 tetapi masih bersemangat dan mempunyai motivasi tinggi untuk meneruskan tugasan dengan baik.

Zaini berkata, pihaknya di Bukit Aman sentiasa prihatin turun ke padang memberi kaedah bagaimana meningkatkan motivasi dan kerajaan turut memberi elaun khas kepada petugas. Tambah beliau, pihaknya tidak pernah terima rungutan dan mereka ada ramai yang membantu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply