ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua pelajar sekolah buat aksi ‘Superman’ diekori sejauh 50 km sebelum ditahan polis

Berita Tempatan

Views

Polis terpaksa mengekori motosikal ditunggang dua pelajar sekolah sejauh kira-kira 50 kilometer kerana melakukan aksi berbahaya, sebelum menahan mereka di kawasan parkir di Jambatan Angkat di Kuala Terengganu, semalam.

Menurut Berita Harian, pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan selepas dikesan menunggang motosikal dengan mempamerkan aksi berbahaya seperti meniarap di atas motosikal ‘ala Superman’ dan membuat ‘zig zag’ di Kilometer 54-53 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Marang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man, berkata anggota yang melakukan pemantauan di lokasi terserempak tiga motosikal yang bergerak dari arah Dungun ke Kuala Terengganu, kira-kira jam 2.40 petang.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Beliau berkata, dua penunggang motosikal berkenaan didapati melakukan aksi zig zag dengan seorang daripadanya turut melakukan aksi ala Superman.

Skuad 42 JSPT bertindak mengekori tiga penunggang motosikal itu, sebelum dua remaja terbabit ditahan di kawasan parkir Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala sebuah motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta sama.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, polis turut mengeluarkan 10 saman membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi.

Sementara itu, Ismail berkata, dalam operasi berasingan di daerah Hulu Terengganu, polis turut menahan 95 motosikal sebelum memeriksa 120 individu termasuk 10 wanita berusia antara 16 hingga 40 tahun di kawasan Tasik Kenyir.

Siasatan mendapati, mereka terdiri daripada beberapa peserta konvoi yang dipercayai datang ke tasik berkenan untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Sebanyak 57 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada cermin sisi, tidak mempamerkan pelekat L dan P, mengubah suai ekzos, tiada nombor pendaftaran dan nombor plat tidak mengikut peraturan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply