ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terus hubungi talian bantuan jika terlihat kemalangan di lebuh raya

Berita Tempatan

Views

Pengguna Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dinasihatkan menghubungi talian bantuan 03-83159111 untuk memaklumkan insiden kemalangan.

Menurut Harian Metro, ia bagi membolehkan peronda lebuh raya memberikan bantuan sewajarnya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

MEX dalam kenyataan memaklumkan, atas faktor keselamatan, pengguna lebuh raya tidak digalakkan mengambil tindakan sendiri dengan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

Tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan mungkin mengundang kemalangan berganda di tempat kejadian.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dalam kejadian 28 September lalu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki parah dirempuh kereta di Kilometer 7.3 MEX ketika ingin membantu mangsa kemalangan.

Roziati Pa’sar, 43, maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi ketika berhenti di bahu jalan. MEX berkata, pihaknya turut bersimpati kepada mangsa dalam kejadian itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai laporan trafik menerusi Twitter MexTraffic dan Facebook MEX Traffic atau menghubungi Helpline 03-83159111 untuk maklumat lanjut

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply