Alat nyah aktif penggera tali pinggang keledar atau ‘dummy buckle’ akan diharamkan penjualan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar penguatkuasan dapat dilaksanakan susulan telah menjadi trend membimbangkan ketika ini.
Katanya, penggunaannya juga sebenarnya melanggari peraturan kerana telah menyebabkan ramai tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika pemanduan atau berada dalam kenderaan.
“Sebab kita tahu, kebanyakan kenderaan baharu sekarang ada sensor (penderia). Kalau tidak pakai tali pinggang keselamatan akan ada bunyi atau siren daripada kenderaan.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
“Jadi mereka (yang membuat) ini adalah ‘orang yang kreatif’ dengan buat dummy buckle supaya sensor tidak berbunyi namun tidak pakai tali pinggang keselamatan.
“Jadi, kita akan berbincang dengan KPDN supaya diharamkan penjualannya di pasaran,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Lembaga Pelabuhan Klang dan meluncurkan Malaysia Maritime Single Window, hari ini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dilaporkan berkata, notis tertinggi yang dikeluarkan pada Operasi Khas Tahun Baharu Cina (TBC) adalah bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar iaitu 195 kesalahan dengan lebih 30 peratus daripadanya menggunakan aksesori berkenaan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Ini disebabkan trend penggunaan ‘dummy buckle’ di kalangan pengguna bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa dan terlupa.
Justeru, Anthony Loke mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak mengabaikan atau berkompromi dalam isu keselamatan mereka terutama apabila berada di jalan raya.
“Selalu saya katakan dan tegaskan pakai tali pinggang ini bukan sebab ada peraturan tetapi keselamatan.
“Jangan rasa bahawa elak daripada siren dan sebagainya tetapi tali pinggang keselamatan itu melindungi seseorang pemandu dan penumpang terutama di bahagian hadapan,”katanya. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit robaizkine.com
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI