ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edaran Tan Chong Motor anjurkan NISSAN Treasure Hunt 2013 buat julung kalinya di LEGOLAND Malaysia

Views

dsc_1710
* Gambar sekadar hiasan

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. Akan bekerjasama dengan LEGOLAND ® Malaysia untuk acara NISSAN Treasure Hunt pada 2hb Mac 2013, Treasure Hunt yang julung kalinya pernah diadakan di Asia, di LEGOLAND ® Malaysia! Ia adalah satu keistimewaan yang besar untuk menjadi pelanggan dalam keluarga Nissan kerana setiap pelanggan mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam acara ini Pertama di Asia ini!

NISSAN Treasure Hunt 2013 akan bermula pada pukul 7.30 pagi dari bilik pameran Edaran Tan Chong Motor, Johor Jaya ke LEGOLAND Malaysia. Peserta akan memandu kenderaan mereka sendiri dan berkonvoi bersama-sama seperti satu keluarga besar NISSAN. Setibanya di LEGOLAND Malaysia, banyak aktiviti penuh keseronokan akan menanti para peserta. Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah akan diadakan pada hari terakhir, semasa sesi minum petang di Horizon Hills Golf & Country Club.

Pelanggan NISSAN dijemput untuk menyertai pengembaraan yang menarik ini! Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Facebook NISSAN Malaysia atau laman web NISSAN. Bayaran pendaftaran adalah RM100 untuk dewasa (berumur 13 tahun ke atas) dan RM75 untuk kanak-kanak (berusia antara 4 hingga 12 tahun). Yuran termasuk tiket masuk ke LEGOLAND Malaysia, sarapan, baucar makan tengah hari dan minum petang sahaja. Minimum 2 dan maksimum 4 orang peserta dibenarkan untuk setiap kereta. Tarikh tutup adalah pada 20hb Februari 2013. Untuk mendaftar, sila hubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di 03-4047 8788 atau e-mel kepada [email protected]

Selain NISSAN Treasure Hunt di LEGOLAND, NISSAN Jurassix Park 4×4 Adventure bakal diadakan di Sarawak menjelang akhir Mac 2013. Bermula dari April 2013 dan seterusnya, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. juga akan menjalankan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Bengkel Hidup Bandar untuk kawasan Tengah, Selatan, Timur, Utara, Sabah dan Sarawak.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply