ARKIB

KATEGORI

Buletin

Emory QiFeng dilantik Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia yang baharu

Berita Tempatan

Views

SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan Emory QiFeng sebagai Pengarah Urusan syarikat yang baharu.

Emory Qi, yang membawa bersamanya pengalaman lebih 25 tahun dalam industri automotif global, akan menerajui syarikat itu kerana ia terus mengembangkan jejaknya di pasaran Malaysia.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Sejak 1998, Emory Qi telah memulakan kerjayanya dalam pelbagai kapasiti kepimpinan dalam SAIC-Volkswagen Sales Co., Ltd, di mana beliau cemerlang dalam Perancangan dan Pembangunan Rangkaian serta Strategi Selepas Jualan.

Pada 2023, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Perniagaan Global di SAIC Motor International Co., Ltd, di mana beliau menyumbang kepada strategi pertumbuhan antarabangsa jenama itu.

Pada tahun 2024, beliau menyertai SAIC Motor Malaysia sebagai Ketua Pegawai Operasi, dan kini telah dilantik sebagai Pengarah Urusan.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Beliau  akan menyelia segala aspek operasi syarikat, termasuklah jualan, pemasaran dan juga strategi produk.

Menurut Emory Qi , tumpuannya adalah untuk meneruskan momentum yang telah dibina dalam pasaran ini, mengembangkan penawaran produk, dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang unggul

Beliau turut berharap dapat bekerjasama dengan pasukan berbakat di sini untuk memastikan SAIC Motor Malaysia kekal sebagai pemain utama dalam industri automotif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply