ARKIB

KATEGORI

Buletin

EON lancar laman web untuk carian model Proton

Berita Tempatan

Views

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) melancarkan laman web khusus untuk operasi Proton bagi meluaskan rangkaian pelanggannya.

Menurut Harian Metro, Ketua Pengedaran Automotif DRB-Hicom dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata, jenama yang mempunyai kehadiran dalam talian yang menyeluruh bukan sahaja berpeluang besar memperoleh kejayaan, tetapi menjadi teras kepada proses pembelian kereta masa kini.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, dengan lebih daripada 80 peratus pembeli kereta di Malaysia menyelidik secara dalam talian sebelum membuat pembelian, ia bertepatan untuk mempunyai sebuah laman web yang boleh berfungsi baik melalui komputer peribadi, telefon pintar dan tablet.

Tambahnya, laman baharu ini direka dengan tumpuan kepada pengalaman pengguna, serta menampilkan pelbagai fungsi baharu untuk memudahkan mereka mencari model Proton. Akkbar juga berkata, EON adalah pengedar terbesar Proton dengan sembilan cawangan di seluruh Malaysia.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Melalui laman ini, maklumat dan promosi yang paling tepat dan terkini mengenai produk mereka boleh dicapai dengan mudah oleh pelanggan semasa dan bakal pelanggan untuk mereka membuat keputusan pembelian kereta yang tepat.

Kata Akkbar lagi, pihaknya juga berusaha untuk menawarkan ruang pameran maya bagi pembeli di Malaysia yang berpengetahuan untuk meninjau dan menempah pelbagai jenis model kereta Proton, walaupun jika bilik pameran terpaksa ditutup atas apa-apa alasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply