Penyedia penyelesaian automotif terkemuka Malaysia, EP Manufacturing Bhd (EPMB) menjalin kerjasama strategik dengan Sanly China dan Jujin China dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran komponen utama automotif di peringkat tempatan bagi Proton Saga MC3.
Kerjasama itu menegaskan komitmen EPMB dalam memperkukuh keupayaan pembuatan automotif Malaysia sambil memastikan kecekapan kos dan kualiti tinggi kepada pengeluar peralatan tulen (OEM).
Melalui anak syarikatnya, PEPS-JV (M) Sdn Bhd, EPMB memeterai usaha sama dengan Sanly China bagi memulakan pengeluaran tempatan modul penjuru hadapan, modul sub-rangka dan pemasangan gandar belakang untuk Proton Saga MC3.
Perjanjian yang ditandatangani pada 18 Februari lalu menggabungkan teknologi kerja logam maju Sanly China dengan operasi sedia ada EPMB di Batang Kali, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan agar lebih teguh dan cekap.
Dengan memanfaatkan kepakaran Sanly China, EPMB menyasarkan untuk menyampaikan model harga yang kompetitif dan kos luar-kilang yang dioptimumkan, menyediakan OEM dengan peningkatan kecekapan kos dan jaminan kualiti.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Pengarah Eksekutif EPMB, Aidan Hamidon, berkata usaha sama itu adalah lonjakan strategik bagi EPMB.
Beliau berkata, dengan menggabungkan kepakaran Sanly dalam kerja logam canggih serta keupayaan pembuatan tempatan, EPMB menetapkan penanda aras baharu dalam pembekalan komponen automotif.
“Kerjasama ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan strategik,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengenai kerjasama dengan Jujin, EPMB berkata, kerjasama itu adalah untuk menghasilkan kerusi kereta Proton secara tempatan.
Beliau berkata, usaha itu adalah hasil kerjasama bertahun-tahun antara kedua-dua pihak yang berasaskan kepercayaan, rasa hormat, dan komitmen bersama terhadap inovasi.
Penggabungan kepakaran global Jujin dalam reka bentuk serta pengeluaran kerusi dengan keupayaan pembuatan tempatan EPMB akan meningkatkan kecekapan, mengoptimumkan kos, dan menjamin keuntungan jangka panjang.
Perbincangan sedang dijalankan bagi memperluaskan kerjasama itu ke model Proton lain dan berpotensi membabitkan kenderaan Geely, sekali gus memperluaskan jangkauan pasaran EPMB.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah, berkata usaha itu bukan sekadar pengembangan keupayaan pembuatan EPMB, tetapi adalah transformasi minda perniagaan.
“Kita tidak boleh terus beroperasi dengan menghasilkan produk berkualiti tinggi tetapi pada harga jualan yang rendah.
“Usaha sama ini memastikan skala pengeluaran lebih besar, kos lebih rendah, dan keuntungan yang lebih mampan. Kita bukan sekadar menyesuaikan diri dengan norma baharu – kita menciptanya,” katanya.
Dengan hubungan erat bersama Geely dan OEM China lain, integrasi Sanly dan Jujin ke dalam rantaian bekalan EPMB menjadi faktor perubahan besar.
Melalui kerjasama itu, EPMB mendapat akses terus kepada ekosistem pembuatan maju di China, sekali gus merevolusikan struktur kos dan menetapkan penanda aras baharu bagi kecekapan operasi.
Langkah itu bukan saja mengukuhkan sokongan EPMB terhadap Proton, tetapi juga membuka peluang bagi pengembangan ke OEM lain serta pasaran eksport, mengukuhkan lagi kedudukan syarikat dalam industri automotif global. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI