Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menghangatkan lagi minggu sukan permotoran dengan Pameran GT-R Heritage di ETCM Jalan Raja Laut bermula 23 September sehingga 2 Oktober ini. GT-R Heritage mempamerkan tiga lagenda sukan permotoran Nissan Skyline GT-R R33, R34, dan GT-R R35.
Inilah peluang untuk pengunjung melihat salah satu daripada 250 unit model edisi terhad Nissan Skyline GT-R R34 M-Spec Nur yang dibina untuk memperingati kejayaan Nissan GT-R R34 dengan lebih dekat lagi. ETCM juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Kempen “Passion to Win” untuk Kawasan Tengah kepada Kavitha A/P Rajamanikam yang membeli sebuah Nissan Almera 1.5E AT di ETCM Jalan Raja Laut.
Kempen tersebut melayakkan lima pemenang bertuah yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan pada bulan Ogos, selain pemenang bertuah dari peraduan kapsyen Facebook, peluang untuk memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke Pusingan ke-7 Super GT 2016 di Buriram, Thailand.
Pemenang pemenang yang lain adalah Jefery Fernandez A/L Freddy, yang membeli Nissan Almera 15E AT; Rossuriana Binti Busu, yang membeli Nissan X-Trail 2.0L; Wong Yun Kang, yang membeli Serena S-Hybrid; dan Chua Yew Kwang yang membeli Nissan X-Trail 2.5L. Ong E-Laine pula muncul pemenang peraduan kapsyen Facebook “Passion to Win”. Tahniah kami ucapkan!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI