ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM RAIKAN ULANGTAHUN KE-25 ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN SEBAGAI PENAJA KENDERAAN

Views

Kuala Lumpur (1 Jun 2012) – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) meraikan Ulangtahun Ke-25 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebagai penaja rasmi kenderaan dengan gaya yang cukup hebat.  Pelakon terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz yang membintangi filem popular tempatan Ombak Rindu dinobatkan sebagai Artis Paling Popular dalam ABPBH baru-baru ini. Beliau memandu pulang sebuah Nissan Teana 2.5L bernilai RM173,017.10 yang ditaja oleh ETCM. Majlis penyampaian hadiah diadakan di bilik pameran ETCM Raja Laut pada hari ini.

“Hadiah ini merupakan tanda penghargaan daripada para peminat yang percaya dengan hasil kerja saya. Sudah tentu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan ETCM. Memenangi anugerah Artis Paling Popular dan Teana 2.5L yang eksklusif sememangnya memberi makna yang besar kepada saya. Terutama selepas lapan tahun bergiat dalam bidang lakonan di Malaysia. Saya akan menggunakan sendiri kereta ini dan merancang menyimpannya sebagai tanda ingatan terhadap pencapaian yang telah saya perolehi,” kata Aaron.

Aaron memulakan kerjayanya menerusi penampilan dalam siri-siri drama pada awal tahun 2000. Beliau melakukan debut di layar perak melalui filem aksi tempatan Evolusi KL Drift (2008).  Aaron turut memperoleh pengiktirafan terhadap lakonannya dalam filem-filem seperti Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Shh… Dia Datang, Suaka, Datin Ghairah dan KL Gangster, sebelum melayakkan dirinya memegang trofi Anugerah Pelakon Filem Paling Popular untuk filem Ombak Rindu (2011).

ETCM berbangga untuk menjadi penaja kereta rasmi ABPBH untuk empat tahun berturut-turut sejak tahun 2008. Sementara itu, sebuah Nissan Livina X-Gear 1.6(A) serba baharu bernilai RM82,813.50 diberikan kepada pembaca bertuah Berita Harian, Nor Aini Khalip dari Perak.

Dimulakan pada tahun 1987, ABPBH adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Berita Harian dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM). Ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada penyanyi, pelakon dan selebriti paling popular di Malaysia yang terlibat dalam industri hiburan tempatan berdasarkan kepada undian oleh para pembaca Berita Harian dan Berita Minggu.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply