ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM sumbang RM30 ribu untuk mangsa banjir!

Views

01 TCMH presents the contribution to MRCS

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), melalui syarikat induknya Tan Chong Motor Holdings Berhad, menyumbangkan RM30,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk membantu menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mangsa banjir di seluruh negara. Sumbangan itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Tan Chong melalui Kempen Bantuan Nissan yang turut menawarkan 25% diskaun untuk alat ganti tulen Nissan, caj buruh dan caj tunda percuma sehingga RM150.

Kempen tersebut telah bermula dan bakal berakhir pada 28 Februari 2015. Menyedari bahawa kakitangan mereka sendiri juga terjejas teruk akibat banjir, Tan Chong juga menganjurkan kempen untuk mengumpul sumbangan daripada kakitangannya di seluruh negara. Sumbangan ini diharap dapat membantu kakitangannya yang terjejas dan penilaian akan dilakukan sebaik sahaja keadaan banjir pulih sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Bantuan Nissan, pelanggan boleh menghubungi 1800-88-3838.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply