ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fenomena kepala air Gunung Jerai – Dua maut, satu masih hilang

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki berusia 65 tahun menjadi mangsa pertama yang dipercayai lemas susulan kejadian kepala air yang berlaku di Kampung Setoi, di kaki Gunung Jerai di Yan, petang semalam.

Astro AWANI melaporkan, seorang lagi lelaki menjadi mangsa kedua, dengan mayatnya ditemui malam tadi di atas gunung berkenaan. Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang ketika menuruni puncak gunung dengan menaiki motosikal.

Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, seorang mangsa turut lain dilaporkan hilang dalam kejadian sama, selepas sebuah rumah di Chalet Salak Denai di kaki gunung itu, roboh. Selain itu, katanya dalam kejadian tanah runtuh di jalan ke puncak Gunung Jerai, dua mangsa telah ditemui selamat.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Terdahulu, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak kawasan perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena kepala air berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam.

Bomba juga memaklumkan, tiga lelaki diselamatkan manakala seorang lagi masih gagal dikesan sehingga jam 6 petang, selepas terperangkap ketika menaiki kenderaan dalam kejadian fenomena kepala air di atas gunung berkenaan.

Sementara itu, Sanusi berkata, dalam kejadian itu, air mengalir laju turun ke kaki gunung yang melibatkan Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi dengan laporan pertama berhubung kejadian diterima pada pukul 5.30 petang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Antara kampung yang berada di kawasan kaki Gunung Jerai yang dilanda banjir adalah Kampung Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kg. Acheh dan Kampung Setoi.

Setakat ini, anggaran mangsa yang terlibat masih berada dalam siasatan. Berdasarkan maklumat awal, seramai 60 mangsa perlu dipindahkan dalam kadar segera yang mana kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dan Sekolah Kebangsaan Teroi.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa mangsa mangsa di pusat pemindahan sementara banjir akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kumpulan individu yang positif COVID-19, kumpulan yang menjalani kuarantin dan penduduk biasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply