ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fi LKM di Sabah dan Sarawak bakal diseragamkan mulai 1 April

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata jemaah menteri telah bersetuju untuk menyeragamkan fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan barangan yang didaftarkan dan beroperasi di Sabah dan Sarawak menggunakan kriteria Berat Tanpa Muatan (BTM) bermula 1 April ini.

Ia adalah bagi mewujudkan satu persekitaran perniagaan yang adil dan kompetitif antara pemilik-pemilik kenderaan perdagangan di Sabah dan Sarawak. Pada masa ini, kriteria bagi perkiraan fi LKM kenderaan perdagangan di Sabah dan Sarawak adalah berbeza iaitu perkiraan LKM di Sabah menggunakan asas Berat Dengan Muatan (BDM) manakala perkiraan LKM di Sarawak pula menggunakan asas BTM yang jauh lebih murah.

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

Menurut Loke, penyeragaman tersebut akan melibatkan 14 kategori atau kod kegunaan kenderaan barangan yang terdapat di Sabah. Ia turut diguna pakai di Sarawak untuk mengurangkan ketirisan hasil kepada kerajaan susulan proses pendaftaran kenderaan perdagangan.

Berdasarkan data 2009 hingga 2014, dianggarkan ketirisan hasil daripada aktiviti pendaftaran kenderaan bermotor di negeri itu berjumlah RM64 juta. Ia sekaligus bakal memudahkan kawalan dan pemantauan ke atas kutipan hasil kerajaan. Oleh itu, bermula 1 April nanti semua transaksi permohonan baharu atau pembaharuan LKM kenderaan perdagangan di negeri Sabah akan menikmati kadar yang baharu.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply