ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fiat tukar lencana Mitsubishi Triton jadi Fullback

Views

Ya Hanana, Ya Habibi, Ya Maulana! Dubai Motor Show menjadi tempat pelancaran Fiat Fullback baharu yang sebenarnya merupakan versi tukar lencana @ rebadged Mitsubishi Triton. Fiat Fullback dijangka bakal bersaing dengan Toyota Hilux, VW Amarok dan juga Mitsubishi Triton. Perjanjian di antara Mitsubishi dan Fiat menyaksikan Mitsubishi membekalkan trak tersebut dan Fiat hanya menjual menerusi rangkaian pengedarnya.

2015-FiatFullback-02

Fiat Fullback akan ditawarkan dengan varian double-cab dan mampu mengangkat bebanan sehingga 1,045kg. Model ini dijana oleh enjin 2.4-liter aluminum diesel dengan dua sesaran 150hp dan 180hp dengan pilihan dua transmisi, enam-kelajuan manual dan lima-kelajuan automatik. Sama seperti adik kembarnya dari Jepun, Fiat Fullback turut dilengkapi sistem pacuan empat roda sepenuh masa. Adakah Fiat akan membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia? Kita tunggu dan lihat.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply