ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Model T berusia seabad kini menjelajah dunia!

Views

Jika Henry Ford masih hidup, pastinya beliau akan berbangga kerana model ciptaannya, Ford Model T yang mencecah usia 100 tahun masih gagah dan mampu mengelilingi dunia. Ford Model T boleh lah dikatakan sebagai moyang kepada segala kereta kini sedang dalam perjalanan untuk menamatkan ekspedisi yang cukup epik ini.

Usaha ini sedang direalisasikan oleh pasangan suami isteri dari Belanda, Dirk dan Trudy Regter yang telah memulakan penjelajahan mereka sejak musim panas 2012. Fasa pertama jelajah mereka sejauh 22,000 km selama 180 hari bermula dari Edam, Belanda ke Cape Town di Afrika Selatan.

Pada 2013, pasangan ini telah berjaya menakluk Amerika Syarikat dan Kanada yang meliputi perjalanan sejauh 28,000 km juga dalam masa 180 hari. Setahun kemudian, mereka turut mengambil masa selama 180 hari dengan perjalanan sejauh 26,000 km merentasi Amerika Selatan.

Setakat ini, mereka telah memandu hampir 80,000 km sambil menziarah serta membantu projek di Perkampungan Kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak Antarabangsa SOS.

“Di Afrika kami terpaksa mengimpal tayar hadapan yang patah menggunakan khidmat tukang besi tempatan”, kata Regter.

Untuk tahun 2016 dan 2017, mereka merancang untuk meneruskan perjalan ke New Zealand, Australia, Indonesia dan India, sebelum merentasi banjaran Himalaya ke China. Mereka akan kembali ke Belanda melalui Mongolia dan Eropah Tengah.

Dirk dan Trudy Regter memiliki kereta Ford Model T keluaran 1915 sejak 1997. Dirk yang begitu meminati kereta antik Ford, turut memmiliki Model T keluaran 1923 dan Model A keluaran 1928. Ford Model T keluaran 1915 dikuasakan oleh enjin petrol 3.0-liter yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti keluaran kilang seabad yang lalu. Yang membezakannya cuma penggunaan tayar getah yang lebih besar berbanding tayar kayu yang asal untuk pemanduan yang lebih lancar.

Around the World in a Ford Model T

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply