ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Puma Rally1 bakal ganti Fiesta dalam saingan WRC musim depan

Sukan Permotoran

Views

Bersempena dengan Goodwood Festival of Speed, M-Sport memperkenalkan jentera rali baharu Ford Puma Rally1 yang bakal menggantikan Fiesta WRC dalam saingan Kejohanan Rali Dunia (WRC) tahun 2022. Prototaip yang masih dalam fasa pembangunan ini akan turun ke gelanggang buat kali pertama di Rali Monte Carlo 2022, pada bulan Januari.

Menurut peraturan baharu, semua kereta WRC 2022 adalah jenis hibrid plug-in dan dibenarkan untuk meningkatkan output kuasa dan hanya menggunakan mobiliti elektrik-sahaja semasa melalui kawasan bandar selain servis di antara peringkat perlumbaan.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Selain itu, mereka akan menggunakan bahan api bebas fosil yang menggabungkan unsur sintetik dan biodegradasi. Puma Rally1 masih menggunakan oleh enjin turbocas 1.6-liter EcoBoost pada model sebelumnya yang digabungkan dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan tujahan tambahan 134 kuasa kuda selama tiga saat.

Ia menggunakan bateri berkapasiti 3.9 kWh yang boleh dicas semula sama ada menerusi penjanaan semula semasa membrek dan penjelajahan, atau oleh sumber kuasa luaran di pusat servis yang mengambil masa 25 minit. Sistem penyejukkan hibrid plug-in cecair dan udara seberat 95 kg, dilindungi oleh selongsong kekuatan balistik yang tahan terhadap serpihan dan kemungkinan terhempas.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dari luar, jentera rali ini memerima beberapa siri pengubahsuaian berbanding dengan versi pengeluaran. Ia lebih rendah dan dipasang dengan roda perlumbaan pelbagai jejari. Ia turut dipasang dengan pakej aerodinamik yang agresif, termasuklah fender depan dan belakang lebih lebar, jeriji baharu, pembahagi yang lebih menonjol, skup bumbung dan sayap belakang yang besar.

Menurut bekas pemandu rali dan pengarah urusan semasa di M-Sport, Malcolm Wilson OBE. era baharu kereta WRC adalah merupakan kemajuan teknologi terbesar dalam perlumbaan tersebut setakat ini. Tambahnya, pengenalan hibrid bermakna kereta akan lebih berkuasa daripada sebelumnya.

Prototaip M-Sport Puma Rally1 akan dipandu di Goodwood oleh pemandu M-Sport Ford WRT, Adrien Fourmaux dan pemandu uji M-Sport Ford, Matthew Wilson, sebelum pembangunannya diteruskan untuk saingan 2022. Antara pesaingnya adalah Toyota Yaris WRC dan Hyundai i20 WRC yang turut dijana trenkuasa hibrid.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply