ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto acah Hyundai Palisade beri petanda ia bakal dilancar dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Beberapa hari lalu laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia, menerusi satu hantaran ringkas bertanya kepada para pengikutnya, “Anda rindu untuk melakukan aktiviti luar? Kongsikan bersama kami jenis aktiviti yang paling anda paling rindui dalam tempoh sekatan pergerakan penuh, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Paling mencuri tumpuan adalah, beberapa foto yang memaparkan beberapa individu sedang mengadakan aktiviti luar di pantai bersama Hyundai Palisade. Timbul persoalan, adakah Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan melancarkan model ini dalam tempoh terdekat?

Pada Mac lalu, HSDM telah mengumumkan yang mereka bakal melancarkan sebuah SUV tujuh-tempat duduk baharu. Model ini telah pun dilancarkan ke pasaran Indonesia, pada Disember tahun lalu. Tiga varian ditawarkan iaitu Prime, Signature dan Signature AWD dengan harga bermula dari 777 juta rupiah (RM220,149).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menguatkan lagi spekulasi pelancaran model ini dalam masa terdekat adalah penemuan model Hyundai Palisade dan Genesis GV80 di Malaysia pada bulan Mei lalu. Foto-foto tersebut telah pun dimuatnaik ke laman Facebook rakan kami di Careta.my.

Besar kemungkinan SUV yang dikuasakan oleh enjin 3.8 liter V6 ini akan dibawa masuk secara siap bina (CBU) dari Korea Selatan. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan banyak lagi.

Nantikan perkembangan terkini mengenai Hyundai Palisade dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto intip Hyundai Palisade

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply