Lotus Cars menerusi satu hantaran terbaharu di laman Facebooknya telah menyiarkan video acah terbaharu Emira yang bakal membuat kemunculan sulungnya 6 Julai ini. Video kali ini memaparkan sebahagian imbasan rekaan sisinya yang mirip dengan model hypercar, iaitu Evija.
Dalam video acah pertama, Lotus telah memaparkan sebahagian bentuk stereng dan meter digitalnya. Emira dikatakan sebagai model terakhir keluaran jenama ikonik British itu yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Model yang dikenali dengan nama Type 131 ini bakal mengisi kekosongan di antara model Elise, Elise dan Exige, termasuklah hypercar elektrik Evora, sebelum syarikat tersebut beralih kepada pengeluar kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.
Emira diwar-warkan bakal dijana oleh enjin turbocas 2.0-liter empat-silinder baharu yang digandingkan dengan transmisi dwi-klac automatik. Selain itu, enjin supercas 3.5-liter V6 Toyota turut ditawarkan dan ia masih mengekalkan transmisi manual.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Baru-baru ini Lotus telah mendedahkan lebih maklumat mengenai strategi masa depan dan bagi merealisasikannya, mereka bakal menggunakan empat pelantar berbeza. Emira dibina berasaskan pelantar kereta sport, manakala Evija dibina dari pelantar hypercar.
Pelantar seterusnya dikenali sebagai ‘Evolution‘ yang bakal menjadi asas kepada kenderaan gaya hidup termasuklah SUV. Pelantar yang terakhir pula dikhususkan untuk kereta sport elektrik hasil usahasama antara Lotus dan Alpine, dikenali sebagai ‘E-Sports’.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI