ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem AP kenderaan bermotor perlu dikekalkan – Tengku Zafrul

Berita Tempatan

Views

Sistem permit import (AP) terhadap kenderaan bermotor perlu dikekalkan bagi memastikan keutamaan diberikan kepada industri tempatan dan pembangunan industri automotif yang inklusif seiring aspirasi Dasar Automotif Nasional 2020.

Ia juga bagi mengekang lambakan kenderaan import sepenuhnya (CBU) termasuk kenderaan elektrik (EV) yang tidak mematuhi piawaian keselamatan dan berbahaya kepada pengguna jalan raya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Justeru, langkah mengenakan AP ke atas CBU masih relevan dan perlu dikekalkan berdasarkan justifikasi tambahan, katanya sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) berhubung langkah kerajaan untuk tidak memansuhkan sistem AP, mengecualikan cukai termasuk duti eksais dan import terhadap semua jenis EV termasuk kenderaan komersial dan motosikal.

Tengku Zafrul berkata, sistem AP adalah satu mekanisme pengumpulan data dan maklumat bagi tujuan pengawalseliaan, penambahbaikan dasar dan garis panduan semasa bagi pembangunan sektor automotif di Malaysia.

Pada masa, ia juga memastikan syarat kenderaan kenderaan CBU baharu atau terpakai mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan MITI.

Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023, pengecualian duti import dan duti eksais disediakan oleh kerajaan adalah terpakai kepada semua jenis EV termasuk komersial dan motosikal.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

EV yang diimport dalam bentuk CBU, insentif ini terpakai sehingga 2025 dan bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) jenis EV pula ia adalah sehingga tahun 2027.

Selain itu, pengecualian cukai jualan sepenuhnya diberikan kepada EV CKD sehingga 2027.

Bilangan EV berdaftar di Malaysia sejak 2011 sehingga September 2023 secara khususnya jenis kenderaan elektrik bateri (BEV) termasuk semua jenis kenderaan komersial dan motosikal mencecah 12,000 unit.

EV berdaftar berjumlah 3,000 unit pada 2022 dan 7,500 unit sehingga September 2023 berbanding purata 300 unit bagi tahun-tahun sebelumnya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply