ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto tular geng Harley-Davidson kena saman bukan sebab ekzos bising – JSPT

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik ke laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), pihaknya mendapati satu gambar telah tular di media sosial mengaitkan tindakan saman atas kesalahan ekzos bising pada motosikal jenis Harley-Davidson.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

JSPT ingin menjelaskan bahawa gambar tersebut telah disalah tafsir memandangkan tindakan saman dikenakan adalah bagi kesalahan nombor pendaftaran fancy dan bukan kesalahan ekzos bising semasa operasi JSPT Kontinjen Kuala Lumpur bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 20 Februari 2021(Sabtu) di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Operasi bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada terhadap semua pengguna kenderaan termasuk juga bagi kesalahan ubah suai ekzos menyebabkan bunyi bising melebihi had yang dibenarkan.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

JSPT ingin menegaskan mana-mana kenderaan yang menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang adalah tidak melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pengubahsuaian dilakukan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang.

JSPT menggesa semua pengguna dan pemilik kenderaan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang agar tidak melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran demi memastikan keselamatan dan keselesaan awam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply