ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rupa-rupanya rekaan beberapa komponen pada Nissan Qashqai 2022 ada sentuhan anak Malaysia

Berita Tempatan

Views

Malaysia sebenarnya mempunyai ramai bakat yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk industri, khususnya dalam bidang rekaan automotif. Tahukah anda rekaan beberapa komponen pada Nissan Qashqai 2022 seperti lampu depan dan belakang serta stereng ada sentuhan anak Malaysia?

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Ya, memang benar. Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebooknya, warganet bernama Ghaddafi Azhari telah memuat naik foto rekaan tersebut dan berkata ia merupakan projek pra-pandemik COVID-19. Projek tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2017-2018 di Tokyo, Jepun.

Ia merupakan kerja-kerja permodelan 3 dimensi menggunakan perisian reka bentuk industri, iaitu Alias (bukan nama orang ye). Data tersebut telah diluluskan dan digunakan untuk menghasilkan model skala dengan nisbah 1:1 (saiz sebenar). Katanya, dia sengaja berkongsi kisah ini memandangkan majikan tidak akan memberikan penghargaan atau kredit, jadi terpaksalah “masuk bakul, angkat sendiri”.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Lagipun, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Carlos Ghosn kini menjadi orang yang dikehendaki dan melarikan diri ke Lubnan. Katanya, sejak sebelum pandemik melanda, semakin sukar untuk mendapatkan kerja sebegini apatah lagi selepas itu dan berharap mendapat peluang seperti ini lagi pada masa akan datang.

Rakan-rakan yang mengenalinya berkata, dia memang pakar dalam bab ini. Hasil kerjanya memang bertaraf profesional dan setanding dengan pakar di luar negara. Syabas Ghaddafi Azhari!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ghaddafi Azhari

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply