ARKIB

KATEGORI

Buletin

GAC GS3 bakal dilancarkan esok, diedarkan oleh WTC Automotif

Berita Tempatan

Views

Dalam diam-diam, laman Facebook rasmi GAC Motor Malaysia mula menyiarkan imej acah model pertama mereka yang bakal dilancarkan esok di Malaysia, iaitu GS3.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Kenderaan di bawah jenama GAC Motor akan diedarkan oleh WTC Automotif, yang merupakan anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH). Bilik pameran pertama syarikat ini terletak di ibu pejabat Tan Chong Motor di Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh).

Dikenali dengan nama Trumpchi GS3 di negara kelahirannya China, ia dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo yang menghasilkan 163 PS dan 235 Nm daya kilas yang dipadankan dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan pilihan enjin 4 silinder (168 PS265 Nm) dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Sebelum ini kelibat unit ujian berceloreng model ini sudah beberapa kali dikesan oleh pembaca kami di sekitar Lembah Klang.

Versi yang akan dilancarkan esok adalah facelift dengan rekaan yang lebih sporty. GAC GS3 bakal berentap dengan beberapa model seperti Proton X50, Perodua Ativa dan Honda HR-V. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply