ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran digital Mitsubishi Mirage generasi baharu

Berita Global

Views

Laman sesawang automotif Thailand Headlightmag.com beberapa hari lepas telah memuat naik gambaran digital Mitsubishi Mirage generasi baharu yang berkongsi pelantar dengan Nissan Micra. Model hatchback kompak ini telah dilancarkan ke pasaran Thailand sejak 2012, namun sehingga kini ia masih lagi belum ada pengganti.

Semasa pelancaran model pikap Triton di Thailand pada bulan November tahun lepas, Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Trevor Mann berkata kepada media, walaupun trend pasaran kereta dunia telah beralih kepada SUV, Mitsubishi masih memerlukan sebuah kereta kompak untuk menarik pelanggan ke bilik pameran, terutama sekali pelanggan yang tidak pernah berminat kepada jenama tersebut sebelum ini.

JOM BACA >> Gambaran digital Nissan Grand Livina 2019

Beliau turut mengesahkan generasi baharu Mirage akan dibina dari pelantar CMF-B Renault-Nissan yang kini digunakan pada versi Eropah Nissan Micra (March) yang dilancarkan dua tahun lalu. Walaubagaimanapun informasi yang ada ketika ini agak terhad. Apa yang pasti, reka bentuk hadapan model ini akan diolah dari Micra dan menampilkan jeriji berkonsepkan Dynamic Shield yang kini diwarisi oleh ahli keluarga terkini Mitsubishi.

Garis badannya juga akan lebih mantap, tidak seperti model Micra yang dikatakan terlalu ringkas. Ada kemungkinan generasi baharu Mirage ini akan tidak akan berkongsi enjin 1.0 liter Turbo yang kini digunakan pada model Nissan Almera baharu.

Pelancaran model ini bakal diadakan pada penghujung suku keempat 2019. Ia mungkin membuat kemunculan sulung di Tokyo Motor Show pada bulan Oktober nanti. Kemudian, ia akan berada di pentas Motor Expo di Thailand pada akhir November 2019.  Adakah Mirage generasi baharu akan tiba di Malaysia pada tahun 2020? Kita tunggu dan lihat!

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply