ARKIB

KATEGORI

Buletin

Caj pakir Perbadanan Putrajaya dikenakan SST bermula semalam – Naik 3 sen sejam

Berita Tempatan

Views

Memetik laporan dari Utusan Online, bermula semalam semua kawasan letak kereta atau pakir kelolaan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan dikenakan enam peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Notis pelaksanaan tersebut telah dipasang di beberapa kawasan sekitar Putrajaya termasuk di Jalan Diplomatik dekat Presint 15.

Menurut notis berkenaan, pelaksanaan SST adalah susulan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 yang telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos 2018. Sebelum ini kadar pakir di kawasan kelolaan PPj ialah 50 sen sejam antara 8 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat manakala pada Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am adalah percuma.

JOM BACA >> Gambaran digital Nissan Grand Livina 2019

Ini bermakna, bermula semalam kadar baharu pakir di kawasan pakir kelolaan PPj adalah 53 sen sejam. Sementara itu, rata-rata orang ramai yang ditemui menyifatkan tindakan mengenakan SST bagi kawasan pakir PPj sebagai tidak wajar ketika rakyat berdepan dengan pelbagai kenaikan kos hidup.

Seorang penduduk di Presint 15, Mohd. Helmei Sahury, 37 berkata tindakan itu bukan sahaja tidak wajar malah tidak perlu dilaksanakan kerana akan menambah bebanan pengguna. Pendapat yang sama disuarakan oleh seorang kakitangan awam, Yanti Anuar, 38, yang menyifatkan langkah itu kurang wajar dilaksanakan dalam situasi sekarang.

Bagi Normah Ibrahim, 39, pula kenaikan itu walaupun kecil tetapi jika ia dikumpulkan akan tetap membebankan pengguna dan berharap pelaksanaan SST untuk caj pakir Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu dipertimbangkan semula.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply