ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penutupan Jalan TAR mulai 15 Mac kekal – Khalid Abdul Samad

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan keputusan untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan diteruskan bermula 15 Mac ini walaupun dibantah peniaga kawasan itu.

Beliau berkata, hasil penutupan jalan sepanjang kira-kira 800 meter bermula dari Kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Esfahan hingga Jalan Melayu akan dinilai dalam tempoh dua minggu. Jika ia berjaya menjadikannya kawasan bebas kenderaan, ia akan diperindahkan dengan infrastruktur dan lanskap untuk keselesaan pengunjung seperti tempat duduk, kafe dan air pancut.

Laluan siar kaki juga sudah dilebarkan hasil projek Sungai Nadi Kehidupan, manakala hanya bas dibenarkan memasuki kawasan tersebut sejam sekali. Dalam dua atau tiga tahun lagi, ia akan ditutup sepenuhnya kerana sudah banyak pengangkutan awam seperti monorel dan LRT ada di sekitar kawasan tersebut.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Beliau berkata demikian kepada media semasa Program Larian Wilayahku 2019 sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Khalid berkata, waktu penutupan jalan itu mungkin dipertimbangkan bagi tempoh tertentu sahaja atau sepanjang masa sekiranya diperlukan.

Pihaknya akan bertemu semua pihak berkepentingan Selasa ini untuk berbincang mengenai Bazar Ramadan di Jalan Masjid India. Jika penutupan berjaya, Bazar Ramadan akan dipindah atau dipecahkan ke sebahagian Jalan Masjid India dan sebahagian lagi di Jalan TAR.

Ia bagi memberikan ruang yang lebih tanpa mengganggu kedai sedia ada, sekaligus gerai tidak menghalang kedai-kedai berkenaan. Persoalan bazar di Jalan Masjid India memang perlu ditangani selain kesesakan dan halangan kepada kedai-kedai yang menyewa di situ serta isu penguasaan tapak bazar yang berlanjutan berpuluh tahun yang sukar dikawal.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima 250 permohonan untuk berniaga ditapak Bazar Ramadan di seluruh ibu negara sejak ia dibuka Jumaat lalu. Katanya, sebanyak 4,330 petak di 57 lokasi Bazar Ramadan 2019 ditawarkan DBKL termasuk kuota khas bagi orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara>

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply