ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran hampir tepat SUV baharu Perodua (D38L) dari TheAjerul

Views

Dalam banyak-banyak imej manipulasi foto, kami rasa inilah gambaran yang hampir tepat dengan SUV baharu Perodua (D38L). Macam biasa, hasil karya digital yang hebat seperti ini datang dari rakan sekutu kami, TheAjerul dan ia baharu sahaja dimuatnaik ke laman Facebook tersebut. Rekaan digital terbaharu yang dibuat oleh Ajerul memang tak jauh beza dengan foto-foto acah yang telah dimuat naik sebelum ini

JOM BACA >> MESTI BACA : Lepas buat ‘kira-kira’ lelaki ini ‘tak jadi’ beli Proton X70. Kenapa ye?

Pada kami Ajerul semakin cekap dan mahir dalam membaca ‘penggayaan’ sesuatu model baharu walaupun ia masih bertutup dengan celoreng penyamaran atau dikaburkan. Jika tanda air (watermark) laman Facebook beliau dibuang dan imej ini diolah seakan risalah sebenar SUV Perodua, kami rasa memang ramai yang akan tertipu. Betul tak?

Untuk info menarik mengenai adik kembar Daihatsu Terios dan Toyota Rush yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, ketik sahaja pautan ini. Terima kasih Ajerul kerana izinkan kami kongsi rekaan terbaharunya!

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply