ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Video acah pertama SUV Perodua (D38L)

Views

Beberapa jam yang lalu Perodua telah memuat naik satu video acah bakal model SUV terbaharunya yang bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat. Video acah ini menghimpunkan semua foto-foto acah yang telah dimuat naik sebelum ini yang memaparkan beberapa ciri menariknya seperti enjin Dwi-VVTi 1.5 liter yang diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan purata 15.6 km untuk setiap liter petrol yang telah disahkan oleh ECE. Selain itu enjin SUV ini turut dilengkapi dengan sistem henti-lahu (eco-idle).

Selain itu SUV dengan namakodnya D38L ini mempunyai tujuh-tempat duduk dengan susun atur yang fleksibel. SUV tujuh tempat duduk ini juga mempunyai ciri keselamatan canggih seperti Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) versi 2.0 yang kini dilengkapi ciri Pengesan Pejalan Kaki dan enam beg udara.

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Nampak gayanya semakin hampir pelancaran SUV yang masih dirahsiakan namanya ini dan kami jangka Perodua akan membuka tempahannya dalam masa terdekat. Kembar kepada kepada Toyota Rush dan Daihatsu Terios bakal dilancarkan seawal bulan Januari tahun depan dan ia sememangnya masa yang sangat sesuai kerana Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua yang baharu, Datuk Zainal Abidin Ahmad bakal memulakan tugasnya pada bulan tersebut.

Desas-desus mengatakan jangkaan harga SUV Perodua ini akan berada pada julat antara RM65,000 hingga RM75,000 seunit dan kami juga mendengar khabar angin yang mengatakan Perodua akan turut mengeluarkan satu versi mewah SUV ini pada harga di bawah RM80,000 seunit. Dengar kata, nama SUV ini adalah Perodua ARUZ, tapi kami tak berani nak mengesahkannya buat masa ini. Tunggu je lah ye!

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 berjaya dikesan di dua lokasi berbeza

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • bakal jadi kejayaan kepada p2. secara x sedar target segment utk model ni sgt besar – pengguna alza avanza exora rush dan ertiga brv. tak ada competitor yg berwibawa dan mampu milik dlm segment ni.tahniah p2. x70 akan kelaut.


    • setuju..kereta ni patut nya sama level alza dengan harga sepatutnya bawah 65k. mgkn sbb dna suv jd org nampak kereta ni upgrade pada alza.

      satu yang boleh dipuji tentang perodua adalah mereka lebih sensitif dengan kehendak pasaran,

      sekian


  • Setiap kereta ada pasarannya, x70 untuk org yg berduit bukan untuk org nak bergaya, SUV P2 ni pula utk segment middle income, itu pon kalo mampu nak beli tayar yg pakai sampai botak


    • errmmm…byk juga kete >100k org pakai tayar sampai botak..kalau diperhatikan betul2 consumer yg berhemah byk beli kereta yg affordable (max monthly 15% dr disposal income) dan beli kereta yg terkenal dgn low maintenance dan ownership cost. jadi kebanyakan org yg berbelanja secara berhemah beli kereta <100k. jadi pada mereka stakat nak tukar tayar baru 15/16 inch xde masalah. yg beli kete mahal2 cukup2 max loan (30% monthly) tu la yg sengkek x mampu tukor tayar. pastu simpan dlm canvas takut kene tarik. loan plak tumpang guarantor – bini. biar papa asal bergaya tu la target market kete yg x praktikal tapi sungguh canggih.

Leave a Reply