ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga minyak kembali ditetapkan secara mingguan dan dijangka turun mulai 1 Januari 2019

Views

Baru je semalam Rafizi Ramli buat cadangan, petang tadi Astro Awani melaporkan kerajaan akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini, ia susulan daripada penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini.

Guan Eng berkata, penetapan tersebut adalah bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia. Ini secara tidak langsung bakal menyaksikan harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak dunia berterusan, maka harga minyak runcitnya akan turun setiap minggu.

Mekanisme penetapan minyak apungan mingguan telah digunakan oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dan ia menetapkan harga minyak runcit berdasarkan harga minyak mentah di peringkat global. Di bawah mekanisme itu, sekiranya harga minyak mentah global naik, harga minyak runcit di pam akan turut naik.

JOM BACA >> MESTI BACA : Lepas buat ‘kira-kira’ lelaki ini ‘tak jadi’ beli Proton X70. Kenapa ye?

Sebaliknya jika harga minyak mentah global turun, harga minyak runcit di pam juga akan turun. Mekanisme itu kemudian diganti dengan mekanisme harga tetap; RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel bermula 7 Jun 2018. Di bawah mekanisme ini, kerajaan memberi subsidi untuk mengekalkan harga itu kepada pengguna.

Ini bermaksud semakin meningkat minyak mentah global, semakin tinggi subsidi yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan. Tambah Guan Eng lagi, kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak RM7.14 bilion sehingga November 2018 di mana tanggungan subsidi bagi bulan Mei sehingga November 2018 adalah sebanyak RM5.82 bilion.

Walaubagaimanapun, sekiranya harga minyak mentah global naik pada masa hadapan, kerajaan akan kembali kepada mekanisme harga tetap RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel. Pengekalan harga ini akan berkuatkuasa sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar mulai tahun depan.

Ia juga selaras dengan manifesto PRU-14 Pakatan Harapan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membolehkan rakyat menerima faedah penurunan harga minyak dan dalam masa yang sama turut membantu golongan B40 dengan subsidi bersasar apabila harga minyak kembali naik.

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply