ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gangguan bekalan cip semikonduktor – Perodua mungkin catu pengeluaran kereta

Berita Tempatan

Views

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka melaksanakan pencatuan pengeluaran kenderaan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan cip semikonduktor yang memberi kesan kepada prestasi jualannya bulan lalu.

Menurut Berita Harian, jualan kenderaan Perodua susut 17 peratus kepada 20,399 pada April berbanding Mac, berpunca gangguan bekalan cip semikonduktor yang bagaimanapun hanya tertumpu kepada model Myvi. Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Eddy Do Wey Qing, berkata langkah pencatuan itu dapat mengehadkan penurunan jumlah jualan untuk beberapa bulan akan datang.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Katanya, jumlah jualan kenderaan Perodua setakat tahun ini sehingga April adalah 78,304 unit, 33 peratus daripada unjuran tahunan RHB sebanyak 235,000 unit. Jelas Wey Qing, angka ini sedikit di bawah jangkaan, namun pembeli dijangka akan meneruskan pembelian mereka sekali gus memberikan prestasi separuh pertama 2021 yang lebih kukuh.

Pihaknya juga mengekalkan sasaran jumlah penjualan Perodua kerana yakin minat pembelian akan terus kukuh tahun ini. Ia akan disokong oleh jumlah pesanan, pelancaran model baharu dan kitaran penggantian. Perodua juga masih mengekalkan sasarannya bagi penjualan dan pengeluaran masing-masing sebanyak 240,000 unit dan 272,000 unit.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Wey Qing berkata, Ativa masih menjadi model kenderaan utiliti sukan (SUV) pilihan utama ketika ini dengan merekodkan peningkatan jualan sebanyak enam peratus kepada 4,624 unit pada April. Beliau berkata, peningkatan jualan Ativa menjadikan model itu menguasai 22 peratus daripada jumlah kenderaan Perodua yang dijual dalam tempoh ini.

Ativa juga, katanya, terus mengungguli carta berbanding Proton X50, yang mencatatkan 3,583 unit pada April. Tambah Wey Qing lagi, difahamkan hampir 9,000 unit Ativa sudah diserahkan kepada pembeli sejak ia dilancarkan pada Mac dengan tempahan purata sebanyak 290 unit sehari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply