ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford F-150 Lightning buat kemunculan awal ketika Presiden Joe Biden sedang berucap

Berita Global

Views
President Biden tours Ford's electric vehicle center in Michigan — 5/18/21

Ford membuat kejutan dengan menayangkan trak pikap elektrik terbaharu mereka F-150 Lightning buat pertama kalinya semasa lawatan Presiden Joe Biden di Pusat Kenderaan Elektrik Rouge yang terletak di Dearborn, semalam.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Prototaip Ford F-150 Lightning berwarna perak tanpa sebarang pelitup celoreng itu mungkin sengaja diletakkan sebagai latar belakang ketika Presiden Amerika Syarikat itu membuat ucapan. Kita dapat melihat beberapa perubahan dibuat pada wajah F-150 Lightning, termasuklah lampu utama yang bersambung dengan jejalur lampu LED yang melintang di bahagian depan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Semasa lawatannya ke fasiliti pengeluaran tersebut, Biden turut diberi peluang untuk memandu uji prototaip Ford F-150 Lightning yang berpelitup celoreng. Menurut beliau, “trak pikap ini sangat pantas” dan mampu mencecah kelajuan 96 km/j dalam masa sekitar 4.3 atau 4.4 saat.

Lawatan Biden ke fasiliti tersebut adalah untuk mempromoasikan pelan infrastruktur yang merangkumi pelaburan bernilai berbilion dolar dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV). F-150 Lightning bakal diperkenalkan secara rasmi pada 19 Mei (hari ini).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply