ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely bakal perkenal Bin Yue PRO facelift 2021, kembar Proton X50 ini tampil lebih ranggi

Berita Global

Views

Geely bakal memperkenalkan model Bin Yue PRO facelift 2021 yang dikemaskini dari segi penampilan luaran dan dalam bulan depan. Kembar Proton X50 ini bakal tampil dengan wajah yang lebih garang menerusi rekaan bampar baharu dengan bukaan udara di bahagian bawah yang lebih besar.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jerijinya pula menampilkan kemasan bermotifkan sarang lebah dengan kemasan hitam yang diselitkan dengan kemasan kuning. Meskipun bentuk lampu hadapannya masih lagi dikekalkan, mentol LEDnya akan dilengkapi dengan ciri ‘pertunjukan lampu’ sebagai ‘lampu alu-aluan’ yang diaktifkan setiap kali kunci pintu kereta dibuka.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Boleh dikatakan tidak banyak perubahan ketara di bahagian luar kecuali rim aloi bersaiz 18-inci dan spoiler belakang baharu dengan kemasan hitam. Ke bahagian dalam, ia turut menampilkan kemasan dwitona sama seperti di luar dengan kemasan pada papan pemuka, stereng, panel pintu dan balutan sarung tempat duduk.

Apa yang menarik, Bin Yue PRO facelift 2021 akan menerima unit infohibur bersaiz 12.3 inci dan pencahayaan ambien dengan 72 pilihan warna yang berbeza mengikut mod pemanduan, kelajuan dan alunan muzik. Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai spesifikasi teknikal mahupun harganya yang hanya akan diketahui pada bulan depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply