ARKIB

KATEGORI

Buletin

JDT umum kerjasama dengan Aston Martin Racing Asia – Model ‘Edisi Terhad JDT’ bakal dihasilkan

Berita Tempatan

Views

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi laman Facebook rasminya JOHOR Southern Tigers mengumumkan kerjasama dengan Aston Martin Racing Asia sebagai penaja baharu.

Menurut JDT, perbincangan dengan Aston Martin telah dibuat sejak beberapa minggu yang lepas dan pihaknya berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat jenama tersebut yang berpusat di UK dan mempunyai pejabat di Asia.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kerjasama ini bukan sahaja sangat berharga JDT dari segi kewangan, tetapi juga merupakan hubungan mendalam yang akan mengembangkan lagi peluang JDT dan Johor dalam pelbagai bidang untuk beberapa tahun akan datang.

Difahamkan Aston Martin bakal mengeluarkan rekaan ‘Edisi Terhad JDT’ yang akan dijual oleh kelab tersebut. Menerusi kenyataan media, kerjasama ini juga boleh digambarkan sebagai kerjasama antara juara dalam bidang masing-masing dengan JDT selaku juara Liga Super tujuh kali berturut-turut manakala Aston Martin pula adalah juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten dan mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan.

Aston Martin Racing pula merupakan salah satu jenama antarabangsa yang bekerjasama dengan Harimau Selatan. Kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa ini juga menunjukkan peningkatan jenama kelab yang hebat dan kukuh sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa sejak JDT ditubuhkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013.

Antara jenama terkemuka antarabangsa lain yang menjadi penaja dan rakan strategik JDT termasuk UNICEF, Nike, Hublot, Subway, F&N dan pengeluar motosikal elektrik SWAG.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JOHOR Southern Tigers

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply