Geely Design Shanghai mempersembahkan visi hala tuju reka bentuk model masa depan dalam era digital menerusi model konsep Vision Starburst. Ia merupakan ekspresi baharu dan alternatif kepada falsafah reka bentuk “Expanding Cosmos” yang digunakan pada ketika ini.
Menurut Naib Presiden Geely Design Shanghai, Guy Burgoyne, falsafah “Expanding Cosmos” masih terus menjadi pedoman kepada para pereka mereka untuk mempelopori bahasa reka bentuk baharu dan holistik yang memberikan kepuasan kepada pengembangan serta meningkatkan kepelbagaian tahap pelanggan mereka.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Bagi melahirkan DNA baharu dalam era digital, mereka telah melangkaui sempadan teknologi dan juga inovasi. Vision Starburst dicetuskan dari fenomena stellar di mana nebula dan elemen lain bersatu lalu meletus menjadi bintang baharu. Setiap konsep rekaan adalah hasil daripada kombinasi, penyatuan dan letusan pelbagai idea menjadi sebuah produk bintang baharu yang memperkayakan pasaran.
Aspek yang paling menonjol pada Vision Starburst bermula dari pandangan hadapan menerusi reka bentuk jeriji dan corong udara. Jeriji hadapan telah mengalami perubahan drastik dengan menampilkan corak parabolik baharu yang digabungkan dengan rekaan lampu baharu yang mencetuskan tema letusan tenaga dari penghasilan bintang.
Lampu depannya pula didaptasikan menerusi penderia berteknologi tinggi. Penggunaan garis badan yang tajam menjadikan bentuk badannya kelihatan padu. Di bahagian dalam, panel pintu juga direka untuk berkesinambungan dengan rekaan luaran.
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
Jejalur lampu “Cosmic Ray” pula telah berjaya untuk menyatukan reka bentuk bahagian dalaman dengan luaran. Tombol gear yang direka dari bentuk geometri pula berada pada konsol tengah terapung, manakala empat jalur lampu bercahaya menunjukkan tetapan gear yang berbeza.
Penggunaan lampu ambien pada papan pemuka dan panel pintu adalah bagi menghasilkan pengalaman visual nirbingkai. Model konsep ini mempersembahkan teknologi termaju dan mobiliti kepada lengkung tayar yang bercahaya. Kesan pencahayaan berbeza akan memaparkan pelbagai keadaan, sebagai contoh ketika mengecas, bergerak, di parkir dan lain-lain.
Menurut Geely, Vision Starburst adalah hala tuju baharu “Expanding Cosmos” dan meskipun ia merupakan model konsep yang tidak akan diproduksikan, banyak aspek pada bahasa reka bentuk baharunya akan digunapakai dan diaplikasikan kepada model kenderaan Geely pada masa akan datang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI