ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua catat penurunan jualan 12 peratus bagi bulan Mei

Berita Tempatan

Views

Perodua masih mengekalkan sasaran jualannya sebanyak 240,000 unit bagi tahun ini meskipun berhadapan dengan situasi pandemik serta isu kekurangan semikonduktor. Bagi lima bulan pertama 2021. mereka telah berjaya menjual sebanyak 96,281 unit kenderaan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, jualan Perodua setakat Mei tahun ini adalah sebanyak 96,281 unit, mewakili peningkatan 82 peratus berbanding 52,920 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2020.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Namun, pada tahun tersebut, Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa antara Mac dan Mei. Beliau menjelaskan bahawa pencapaian 2021 lebih sesuai dibandingkan dengan prestasi 2019, di mana Perodua menjual 105,745 unit dalam lima bulan pertama tahun tersebut, iaitu 8.9 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun ini.

Tambah beliau, kesan pandemik dan isu kekurangan semikonduktor dapat dilihat pada penurunan jualan sebanyak 12 peratus daripada 20,399 unit pada April kepada 17,973 unit pada Mei. Beliau percaya, pihaknya mencapai sasaran 240,000 unit kami bagi tahun ini di sebalik permintaan yang kekal kukuh bagi semua model keluaran mereka.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Perodua turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun ini, sekaligus membantu mereka menampung permintaan, menggalakkan aktiviti ekonomi serta membantu mengekalkan ekosistem automotif Malaysia.

Mengenai operasi pusat servis Perodua dalam tempoh sekatan ini, Datuk Zainal berkata bahawa para pelanggan boleh menghubungi pusat servis yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini. Tambah beliau, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang faham dan bersabar sementara kenderaan yang ditempah.

Perodua telah menghasilkan 18,283 unit kenderaan pada Mei, meningkatkan jumlah pengeluarannya setakat tahun ini kepada 98,944 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply