Geely Holding Group (Geely Holding) dan Baidu Inc (Baidu) baru-baru ini mengumumkan jenama teknologi pintar premium, “Ji Yue” yang merupakan hasil kerjasama strategik antara kedua-dua entiti tersebut.
Model mercu pertamanya, dikenali sebagai Ji Yue 01 disasarkan untuk mentakrifkan semula konsep mobiliti pintar, memenuhi keutamaan pengguna berorientasikan teknologi di China untuk penyelesaian mobiliti kendiri.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Matlamat utama Ji Yue adalah untuk memberikan pengalaman automotif pintar yang tiada tandingannya kepada pelanggan.
Selain menyelia jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk 01, Ji Yue juga akan membina dan membangunkan rangkaian pengecasannya sendiri di China bagi memenuhi permintaan pengguna untuk kenderaan elektrik pintar.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Model Ji Yue 01 bakal membuat kemunculan sulungnya pada suku keempat (Q4) tahun ini. Ia dibina berasaskan pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) dari Geely dan sarat dengan teknologi terkini dan kecerdasan buatan (AI) dari Baidu.
Ji Yue 01 turut dilengkapi dengan kabin pintar tercanggih bersama dengan teknologi pemanduan kendiri (autonomous).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI