ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely GC9 hasil sentuhan bekas ketua pereka Volvo, Peter Horbury

Views

Geely-GC9-1

Bayangkan jika logo Geely itu dibuang, pasti ramai yang akan mengatakan model ini adalah dari negara Eropah. Inilah dia Geely GC9, hasil sentuhan bekas ketua pereka Volvo, Peter Horbury. Nampak kuat pengaruh gaya rekaan Volvo pada rekaan model tersebut, namun ia telah diolah dengan sebegitu baik sehingga menjadikannya ‘penanda aras’ model generasi baharu Geely pada masa depan.

Model sedan perdana GC9 ini bakal membuat kemunculan pertamanya pada bulan November di Guangzhou Auto Show. Dibangunkan daripada model konsep KC yang telah dipertontonkan di Shanghai Auto Show tahun lalu, GC9 dikatakan sebuah sedan keluaran Geely yang paling hebat dari segi rekabentuk, teknologi, keselamatan dan pemanduan dinamik.

Geely-GC9-5

Paling menarik proses rekabentuk GC9 telah dibuat dibeberapa negara seperti Sweden, Barcelona, California, Hangzhou dan Shanghai. Sekali imbas jeriji hadapan GC9 seakan-akan sebuah Volvo, namun ia mungkin melambangkan sinergi antara Geely dan Volvo. Secara keseluruhannya memang agak kuat pengaruh gaya rekaan Volvo pada model GC9 dan tidak keterlaluan juga jika ia digelar sebagai Volvo versi Asia.

Para pereka mendapat inspirasi bahagian sisi GC9, daripada profil jet pejuang dan supercar, selain cheetah yang sedang berlari pada kelajuan tinggi. Rekabentuk dalaman pula diinspirasikan dari jambatan batu buatan orang-orang China zaman dahulu yang boleh dilihat pada bahagian papan pemuka dan bahagian tengahnya. Warisan China turut diperlihatkan pada penggunaan elemen kayu gelap dan jahitan pada tempat duduknya.

* Saya begitu teruja melihat rekabentuk GC9 yang cukup menawan, apa pandangan anda mengenai model ini?

sumber : www.autoblog.com

KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Mmm… sy suka design interiornya. tampak elegen n mewah:) Rekaan belakangnya agak sarat. Kalaulah preve generasi baru blakang mcm tu mmg dah kena kutuk kaw2 dah:) Grill depan yg berputar2 tu sama seperti salah satu kereta konsep volvo yg pernah dipamerkan. X suka tengok sisi kereta nie. flow bumbung dari depan ke blakang x cantik. Nisbah bahgian blakang agak tidak balance. Tapi keseluruhan kereta nie mmg ada sentuhan DnA volvo.

    Cheers!


    • Untuk pengetahuan makcikbaruang, proton dah takde rebadge2 kereta orang. Malah syarikat automotif lain berebut2 nak ambil proton untuk direbadge menjadi kereta dorang. Dengar2, ada syarikat di China berminat hendak memasarkan proton di Negara mereka. Dan kemungkinan besar, enjin VVT dan CFE proton ada juga yg minat kerana ia menjimatkan. Tapi saya tak pasti pula kebenaranyanya.


  • DENGAN RAKYAT 1+.30 BILLION CHINA MASIH MEMERLUKAN MAT SALEH UNTUK DESIGN KERETA MEREKA.SEBAB ITU AKU BANGGA DENGAN PROTON DENGAN RAKYAT 30 JUTA SAHAJA PROTON MAMPU DESIGN SENDIRI KERETANYA.MODEL INI GUA RASA SEGMEN E (SUPER LUXURY).KITA TUNGGU PROTON PERDANA 2015 ITUPUN SEGMEN D.KEMANA GRADUAN UNIVERSITI DICHINA YANG BERLAMBAK TU.2014 MASIH NAK COPY PASTE.


    • proton perdana baru dijangka dijual pd akhir tahun 2015. kualiti dan spec memang tip-top macam kereta jenama mewah. proton nak guna enjin generasi baru sesuai dgn segmen kereta berkenaan. yang paling best, harga mungkin sekitar rm100k je.


  • salam

    akhir tahun plak dah…yang saya dapat tau awal 2015…lebih kurang suku pertama..gambar dah dimiliki beberapa orang rapat dengan tun…


    • Taklah..ni dah bulan 9. Proton pun sibuk dengan Iriz. so perdana baru dilanjutkan sampai suku akhir tahun 2015. kiranya lebih kurang setahun dari sekarang.

Leave a Reply