ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely lancar Bin Rui di Chengdu Auto Show 2018 – Apa yang menarik tentang sedan segmen A+ ini?

Views

Geely Auto baru-baru telah melancarkan model sedan segmen A+ berorientasikan sport yang pertamanya dalam pasaran yang diberi nama Bin Rui sempena Chengdu Auto Show 2018. Sedan sport ini direka dengan gaya rekaan fastback berdasarkan konsep rekabentuk baharu Geely.

Jom kita baca info ringkas yang menarik tentang sedan segmen A+ ini:

  • Bin Rui didatangkan dengan tiga pilihan enjin –  G-Power 200T yang digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan DCTG-Power 14T yang digandingkan bersama transmisi 8-kelajuan CVT dan G-Power 14T yang digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan manual.
  • G-Power 200T merupakan enjin 1.0 liter turbo suntikan terus yang mampu menjana 134HP dan 205Nm daya kilas. Ia digabungkan bersama transmisi 6-kelajuan dwi klac generasi kedua dari Getrag. Kombinasi padu ini membolehkan Bin Rui mencatat kadar penggunaan bahan api 4.9L untuk setiap 100km.
  • G-Power 14T pula adalah enjin 1.4 liter turbo yang mampu menjana 131 HP dan 215Nm daya kilas. Ia digabungkan bersama pilihan transmisi 6-kelajuan manual atau 8-kelajuan CVT dengan kadar penggunaan bahan api 5.7L untuk setiap 100km.
  • Konsol tengah papan pemukanya diperbuat dari bahan metalik kusam berkualiti tinggi.
  • Stereng jenis-D yang dibalut kulit sepenuhnya dilengkapi dengan butang pelbagai fungsi yang hanya berada di hujung jari pemandu selain menjadikan ruang dalamannya rasa moden dan canggih.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

  • Bin Rui dilengkapi dengan 14 sistem teknologi pemanduan pintar termaju dan dalam konteks teknologi tanpa pemandu, ia telah mencapai tahap L2.
  • Ia dilengkapi dengan Kawalan Jelajah Pintar (ICC) yang direka untuk keadaan jalan yang kompleks merangkumi Kawalan Jelajah Adaptif berkelajuan penuh, Bantuan Kesesakan Jalan, Bantuan Kekal Lorong, Sistem Kawalan Lampu Tinggi, Sistem Pengenalan Had Laju dan Brek Kecemasan Automatik (dengan pengenalan pejalan kaki).
  • Bin Rui telah direka untuk lulus penarafan global NCAP 5-Bintang.
  • Badannya diperkukuhkan dengan lebih 70 peratus keluli kekuatan tinggi.
  • Ia turut dilengkapi tempat duduk anti-cambuk (whiplash) dengan enam beg udara selain Kawalan Kestabilan Elektronik generasi kesembilan dari Bosch dan bersepadu dengan 11 ciri keselamatan aktif termasuklah Bantuan Mendaki, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Parkir ‘Autohold’ Automatik dan banyak lagi.

Dicipta untuk pemandu muda yang mahukan sambungan berterusan, Bin Rui dilengkapi dengan panel sentuh infohibur berdefinasi tinggi (1920x720P), Ekosistem Pintar Geely (GKUI), dashcam HD dan banyk lagi. Perkakasan tersebut dikuasakan oleh pemproses 4-teras dengan memori 32G dan sistem operasi cekap seperti sebuah telefon pintar. Ekosistem Pintar Geely (GKUI) bersepadu dengan kenderaan, internet berkelajuan tinggi 4G, navigasi berteknologi tinggi, Peta Baidu, Arahan Suara, Kawalan Jauh Kereta APP dan pelbagai fungasi lain lagi. Progam ini boleh disesuaikan menerusi pengenalan diri Geely G-ID.

Sebagai model strategik global, Bin Rui bukan sekadar untuk menakluki pasaran China, malah ia bersedia untuk berentap dengan sedan segmen A+ terbaik dunia pada masa hadapan dan menjadi penanda aras dalam segmen tersebut di seluruh dunia. Ia bakal dilancarkan di China terlebih dahulu dan akan menyusul ke pasaran lain seluruh dunia kemudian.

Untuk pasaran Malaysia dan ASEAN, kami menjangkakan Proton akan memanfaatkan pelantar ini untuk dijadikan model pengganti kepada Saga atau Persona pada masa depan. Mungkin Proton akan diberi kebebasan untuk merekabentuk model ini sendiri dengan kawal selia dari Geely untuk menepati citarasa pelanggan di rantau ini dan hanya berkongsi pelantar dan segala kelengkapan yang ada padanya.

Apa pendapat anda mengenai model ini?

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Semalam saya membaca beberapa artikel dari beberapa negara berbeza yang mengatakan Bin rui ini adalah sedan segment-C… Kebanyakan penulis mengatakan jarak rodanya(wheelbase) 2670mm berada dalam ketegori segment-C… Ade juga negara yang mengklasifikasikan Bin rui dalam segment-B, boleh diterima… Funtasticko pula mengklaskan Bin rui dalam segment-A+ oleh admin sendiri… Jika Bin rui berada dalam segment-A+ seperti Kata penulis maka ianya boleh dibangunkan oleh Proton menjadi Saga generasi ke-4.. Agak menarik..!!


    • Kereta Binrui ini adalah dalam segment C, dimensinya lebih kurang sama dengan Civic, Mazda3 dan Corolla. Media di China pun klasifikasinya sebagai pesaing kereta-kereta tersebut.

      Admin, ini bukannya pengganti Saga atau Persona. Ini lebih dekat kepada Preve sebenarnya, patutnya admin buat lebih research sebelum mengeluarkan artikel in.

Leave a Reply