ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

GEMPAR : Penemuan pertama model gantian Saga!

Views

Kami baharu sahaja menerima kiriman emel beberapa foto dua buah kereta misteri dengan tampalan penuh penyamaran sedang diuji. Foto-foto ini telah berjaya dirakam oleh Khusairi Zainol, yang telah berjaya menemuinya di sekitar Telok Air Tawar, Pulau Pinang.

Melalui pengamatan kami, berkemungkinan besar ini adalah prototaip awal atau mule model gantian Saga atau Saga R (P2-13A). Ini kerana jelas kelihatan beberapa bahagian pada model tersebut telah diguna pakai dari model semasa Proton seperti cermin sisi Saga dan pemegang pintu Iriz. Saiz model ini juga hampir sama dengan model Saga semasa.

saga r - funtasticko 1

Maklumat awal yang kami perolehi, Saga R akan bersaiz lebih besar dari model ketika ini. Rekaan luaran dan dalamannya adalah baharu sepenuhnya. Dijangka model ini menggunakan enjin 1.3 liter Turbo dan N/A (enjin VVT sama pada Iriz). Saga R disasarkan untuk mencapai piawaian 5 bintang NCAP dan akan diperkenalkan seawal pertengahan 2016. Nantikan maklumat dan foto risikan seterusnya di funtasticko.net!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

saga r - funtasticko saga r - funtasticko 2 saga r - funtasticko 3 saga r - funtasticko 4 saga r - funtasticko 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

41 Comments


  • Good job proton.. 1.3 turbo and 1.3 N/A is a great combination of engine variant..

    For persona, we hope proton can fit 1.3 turbo and 1.6 N/A..

    For Preve, please put 1.3 turbo to replace 1.6 IAFM+ and maintain 1.6 turbo..

    We hope 1.6 turbo can be revised to produce more HP and Tourque..


  • hope the transmission, solved (jetco)
    interior niggles gone,

    then it’ll be acceptable.
    hope the suspension is supple (quite soft but tied by fat anti roll bar for a flatter cornering capability) comfort/handling combo.


  • Sedih.

    Diawal kemunculan adalah C segmen. Satu kategori dengan lancer, civic dan corolla.

    Model kedua drop jadi B segmen. Satu kategori ngan vios dan city.

    Model ketiga drop lagi jadik A segmen. Satu kategori ngan…. errrrr….

    Model keempat drop lagi jadi segmen…errr….


    • Saga adalah kereta rakyat.. Proton nak letakkan dlm Sedan Segment A..

      Persona R dlm Segment B.. Bersaing dgn Vios & Cit

      Preve R (blum tau la bila) dlm Segment C.. Bersaing dgn Altis & Civic

      Perdana R dlm Segment D.. Bersaing dgn Camry & Accord..

      Proton boleh keluarkan MPV utk Segment B utk bersaing dgn Alza..

      Exora boleh dinaik taraf utk berada dlm Segment C bg bersaing dgn Innova..


      • proton kalau nak strong fokus 2 segmen je, A dengan B.. sebab volume jualan untuk segmen tu tinggi dan pelbagaikan model macam sedan, hatchback, mini mpv, mini suv dan mungkin juga mini pickup.. kat situ boleh sharing parts dan dapat volume..


        • lagi org xbeli proton bang.. baik diorang beli perodua sbb dna toyota n daihatsu..
          hahahaha…

          proton kalau fokus 2 segmen tu.. elok tukar logo ja…

          hairan betui… proton tk leh maju2 mcm kia dan hyundai…

          management main bnyk kot..


          • Mmm… belum cuba belum tau bai. Pasaran B segment penentu sales di M’sia. Mgkin la proton x laku atau kemungkinan besar pasaran perodua akan terancam. Siapa tau… Sebab terasa terancam la perodua pun terpaksa push big bosnya toyota/daihatsu utk diorg kuarkn model sedan sbb market hatchback dah tepu n banyak persaingan. Pengguna generasi baru lately dh dpt rasa penambahbaikan n peningkatan model2 baru prootn. Dah tak jauh beza. Cuma golongan zaman silam kelam jer yg mnjaja kisah silam kelam mereka.

            Sy rasa proton akan lebih maju seperti KIA dll. kalau lebih ramai pengkritik membina berbanding pengkritik membinasa.

            Cheers!


          • tak dinafikan Proton byk melakukan kesilapan selepas zaman Wira dan Saga 1st generation.. dan masalah tersebut membelenggu dan membuat Proton seolah2 hilang arah.. itu salah satu sebab besar Proton masih belum bersaing dgn Kia dan Hyundai..

            tapi..bila start Preve , Suprima S dan iriz.. teknologi bg ketiga2 model dan quality telah byk berubah.. dengan Preve, Proton start membuktikan syarikat yg dibelenggu masalah silam dapat membina kereta bertaraf global.. lihat iriz pula, Proton focus kpd penambahbaikan design interior dan exterior yg sebelum ini dikatan ‘dull’..and what??.. yes,, Proton berjaya buktikan lg sekali

            dengan iriz jugak Proton da improve dari segi keselesaan kerusi termasuk Exora Bold MC 2015..

            Biar Proton bergerak selangkah demi selangkah..sebab sikit2 lama2 jd bukit bro..
            maybe, hari ni belum lagi.. tp dengan doa rakyat malaysia yg still percaya pd Proton insyAllah Proton akan melonjak kembali..

            apa tanggungjwab kita??.. teruskan memberi komen yg membina instead of komen yang menjatuhkan syarikat negara sendiri..


  • Aku sokong usaha gigih Proton. Aku percaya byk penambah baikkan yg proton buat. Apa kata war2 pada pengguna dlm bentuk iklan atau info-mercial apa yg Proton buat.
    Ramai yg duk takat lama pasal model2 proton ni.
    Ramai yg tau melalui blog2 saja. Ramai yg tau dr mulut2 org shj.
    Why not share what u hv done Proton? Alangkah baik kalau saya tau transmisi Proton sudah diperbaharui/ akan ditukar. Alangkah baik kalau saya tau NVH kereta saya sudah ditingkatkan beberapa peratus dr model terdahulu. Alangkah baik kalau pakcik saya tau ECU Saganya sudah ditala untuk jauh lebih efisyen. Alangkah baik kalau anak buah saya tau bhw rekabentuk Saga baru ini mempunyai falsafahnya dan halatujunya..
    Jgn lg hnya ckp pasal brp airbag proton ada, kerana itu isu sgt kecil bg proton yg sudah lama mementing aspek keselamatan. Semoga lebih berjaya Proton.


  • Sy sayangkan proton.. tapi bila tgk saga r ni.. sy sedikit kecewa, terutama design bonet

    proton bekerja keras utk hasilkan preve.. tapi jualan preve dibawah target yg proton letak

    saga r pula proton agak sambil lewa, tak da unsur wow.. platform hanya diambil dr saga blm (dgn penambahbaikan).. sedangkan saga adalah kekuatan teras proton.. jualan saga blm pernah mencecah 5k sebulan..

    mengambil langkah smbil lewa terhadap model yg menjadi nadi kpd proton adalah satu langkah silap


    • Mmm… tunggu la bila model nie siap sepenuhnya dan memperlihatkan rupanya sebenar. Baru la nk kecewa ke nk suka ker nak apa ker. Mmg benarlah org kita M’sia nie mudah menghukum dan judge sesuatu berdasarkn emosi, tanggapan, persepsi melebihi apa yg nyata. Baik pihak prootn n pengguna; x salah meletakkan harapan tapi jgn over confident udah ler. Kena realistik.

      Dulu, misi preve utk masuk pasaran global, perintis model prootn dgn standard global. Namun product keluar tidak seiring dgn persediaan branding company secara global. So, hasilnya masih tidak menampakkan hasil lah. Dilema yg wujud bila, model ini juga menjadi serampang dua mata utk pasaran domestik dgn target jualan 4k unit sebulan. Target agak tidak realistik bila model terlaris dtgnya dari segment B (sedan/hatchback). Even pasaran model C segment ketika preve sebelum keluar pun kurang drp 2k unit. Kesimpulannya; ‘Percubaan’ pertama kurang berjaya, tapi +ve side mmg banyak improvement pada model2 baru n mendatang. Percubaan kedua; taruhan model2 sedan segment popular bakal menjengah pasaran bila saga replacement dan persona replacement masuk pasaran 2016. Sy x anggap perdana replacement yg bakal kuar Q1 2016 sebagai percubaan kedua kerana model nie sebagai penerus legasi D segment perdana yg sudah terlampau lama berhibernasi. Kira perdana nie buat comeback bagi memulihkan reputasi n memberi saingan pasaran D segment di M’sia.

      Sy x fikir word ‘sambil lewa’ suite dgn all new saga 2016 nie. Depa sekadar berkongsi platform jer. Apa yg penting hasil end product lebih baik drp product sebelumnya n value for money. Kalau dulu 3 star ancap, kalau yg baru nie bleh dpt 5 star kn lebih baik? Adakah perdana replacement guna/share platform 8-gen accord juga dikatakan sambil lewa gak? x kn? Cuma seperti diawal sy katakan tadi saga nie dlm katogeri entry level. Jgn la letak harapan hasilnya sehebat model BMW! Mmg x dapek la dek non….

      my 2 kupang.

      Cheers!


  • bercakap tentang preve…

    Apabila preve keluar pada 2012, saya boleh nampak CEO proton dan team ketika itu yang nampak passion dan bersemangat untuk mengeluarkan kereta pertama bertaraf global. Hasilnya proton telah berjaya mengeluarkan sebuah kereta pertama yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi setaraf dengan kereta jenama luar. Saya menjangkakan preve akan menjadi lonjakan pertama proton untuk menembusi pasaran luar yang lebih luas.

    Namun sayang sekali, selepas proton diambil alih oleh DRB, apakah penambahbaikan atau kaizen yang telah dilaksanakan untuk preve ini?Jawapannya kualiti preve tetap seperti di awal-awal pengeluarannya. Cuma proton memberi standard keselamatan yang sama seperti ancap.

    Pembeli preve masih dihantui kebocoran oil cooler hose, seat berbulu dan berbunyi, lampu hadapan yang sering terbakar, refinement enjin dan punch cvt, tombol gear plastik yg mudah patah.

    Sebenarnya DRB lebih mudah membuat penambahbaikan terhadap preve berbanding usaha dato zainal and team ketika mengeluarkan kereta berkenaan. Dengan syarat DRB kena berkeras dan mengawal vendor yang membekalkan komponen kepada proton. Manakala tumpuan jurutera proton pula lebih kepada enjin dan gear, serta komponen yang lebih rumit.

    Saya yakin, jika proton di bawah DRB melakukan perkara ini, proton preve mampu dijual dengan lebih baik. Proton tidak boleh mengharapkan jualan kereta seperti sedia ada. Penambahbaikan itu sangat perlu untuk menjadikan produk awal lebih baik. takkan kawan beli preve 2015 tapi masih menghadapi masalah kualiti seperti preve 2013…fikir-fikirkanlah.


    • design ext dan int proton xmenarik bro….
      hire la designer luar yg power2 tu..

      proton kalau design kereta.. belakang mesti hodoh… hahahaha… kesian betul..

      seat proton kalau duduk mesti lenguh…
      dashboard pulak mcm alahai… murahan..

      sorry to say..tp itu adalah realiti..


  • Masih awal nak komen design..tapi trend skang sume design dah lawa lawa dah..ape de hal..Proton dari segi performance takdehal..mantap..setakat Vios dgn City standart kilang..senang2 kne tapau kt t.light dgn saga BLM..ni cite standart kilang ye..klo nk cite modified..honda C70 pon bleh tapau RXZ..blom cite team tengku djan pye Proton R3..pendek kate xrisau la performance Proton ni..

    Tapi yg aku risau aftersales service je..bertahun aku service kt Proton service..3-4 buah pusat servis je yg call/follow up balik tye feedback lepas service..belum campur tak bagi hadiah klo ade free gift myk enjin hahaha.

    Baru2 ni saje try kereta import. Performance mmg takde la walaupun segment same. harge pon lagi mahal dengan spec yang kurang dari proton untuk sama segment. Tapi aftersales service die memang tiptop. Lepas beli je dah tye macam mane dgn sales advisor..ok ke tak..sebelum service pun da reminder..lepas service pon tanye ok ke tak service…ade problem tak..roadtax nak mati pon ade reminder walaupun keje hakiki die pasal kereta je..tapi nampak tak..bole buat duit disitu…ini la yang proton kne pertingkatkan..itu je yg den mau..sebab adik beradik den sume pakai proton..sebab murah dan luas..kalo afterservice pon cantik..memang thorbaekk lah…


  • Aku rasa kereta ni macam sama lebar dan tinggi dengan saga seakarang tapi panjang siikit

    mungkin mata salah tengok tapi rasanya pintu belakang tu macam panjang sikit pastu boot macam panjang sikit

    lampu belakang to terbenam dalam camo so rasanya itu bukan betuk belakang tapi ada fake body or panel on top

    aku puns edih gak Saga turun dari C ke B segment tapi hakikatnya kat situlah volume yang banyak, kalau tak takdelah Toyota Honda and Nissan semua keluarkan B-segment sedan macam Vios, City dan Almera


    • maaf..pembetulan..saga dari B segmen turun kpd A+ segmen.. Persona C segmen turun jd B segmen..

      antara Jualan terlaris di Malaysia majoriti datangnya dari hasil jualan B-Segmen vehicle…contoh Vios,City, Mazda 2, Myvi, Iriz, HR-V..so x salah proton downgrade model2 ini utk bersaing pada segmen ni =)


  • saja risik2 SA kat sini..
    4model baru katanya thn ni..
    next month launch pdana..
    bulan 4 2 model pulak (amboi cepatnya..sampai 2 model terus)
    then bulan 7..
    katanya persona sangat2345 cantik..
    perdana ok (berbeza dari pilem capsul tu)
    tp kalau takat middle class income, persona tu sesuai sgt katanya..

    ape2 pon date launching slalu tunda..

    -sambil2 pegi SC repair aircond (3kali repair) hehe

Leave a Reply