ARKIB

KATEGORI

Buletin

VW Budd-e concept, Microbus untuk abad ke- 21

Views

Volkswagen secara rasminya memeperkenalkan Budd-e concept sempena Consumer Electronics Show 2016. Digambarkan sebagai Microbus untuk abad ke-21, Budd-e mempunyai wajah hadapan yang berani dengan lampu hadapan LED dan jeriji besar yang menampilkan lampu ambien LED. Lampu belakangnya juga menampilkan rekaan yang unik, dan ia turut dipasang dengan rim aloi 21 inci. Antara tarikan lain pada model konsep ini adalah panel solar yang dipasang pada bumbung, cermin pandang belakang digital, dan “Drop Box” yang timbul daripada bumpar belakang.

0003

Budd-e berukuran 181 inci panjang, 76.3 inci lebar, dan 72.2 inci tinggi dengan jarak roda yang menjangkau 124.1 inci. Ini secara tidak langsung menjadikannya berada diantara Touran dan Multivan T6. Kabin Budd-e dikelilingi olehpaparan melengkung yang besar yang boleh digunakan oleh tiga individu serentak. Ia turut dilengkapi tempat duduk belakang dibalut penuh dan stering pelbagai fungsi tanpa suis yang bertindak balas dengan leretan dan tekanan.

0008

Pendek kata ciri-ciri yang terdapat pada Budd-e amat futuristik dan boleh diibaratkan seperti berada dalam kabin kapal angkasa. Budd-e dipacu oleh Modular Electric Platform (MEB) serba baharu dari Volkswagen yang direka khusus untuk kenderaan hibrid plug-in dan electrik. Volkswagen berkata platform tersebut dicipta untuk memuatkan pek bateri yang besar dan komponen pemanduan elektrik, selain mengekalkan keluasan ruang dalaman dan dinamik pemanduan. Bateri berkuasa 101 kWh akan menghidupkan setiap motor elektrik pada setiap gandar dan ia mampu mencecah kelajuan maksima 93 batu sejam dan boleh bergerak sejauh 373 batu dengan sekali cas.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

0006 0007 0008 0003 0004 0005 00010 0009 0002 0001 000 00015 00013 00014 00012 00011 00016 00017 00018 00019 00020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply