ARKIB

KATEGORI

Buletin

Imej awal Chevrolet Cruze hatchback generasi baharu dikeluarkan

Views

Chevrolet telah mengeluarkan beberapa imej awal model terbaharu mereka Cruze hatchback generasi baharu yang akan diperkenalkan secara rasmi di Detroit Auto Show 2016. Seperti model sedan, Cruze hatchback mempunyai jarak roda terbaik dalam kelasnya 106.3 inch (2,700 mm) dan tampil dengan rekaan yang lebih unik dan sporty. Ruang kargo Cruze hatchback juga amat luas 524 liter dan boleh membesar hampir sekali ganda menjadi 1,189 liter apabila tempat duduk belakang dilipat penuh.

Berat model terbaharu ini lebih ringan 91 kg berbanding model sebelumnya. Ia adalah hasil struktur badan baharu yang lebih ringan dan tegar selain enjin baharu 1.4-liter turbocharged yang juga lebih ringan 20 kg dan didatangkan dengan teknologi Stop/Start. Tiga pilihan varian ditawarkan, LT, Premier dan RS yang lebih agresif dan sporty. Chevrolet Cruze hatchback generasi baharu bakal menjengah pasaran Amerika Syarikat pada musim luruh nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

2017-Chevrolet-CruzeHatch-Detroit-4 2017-Chevrolet-CruzeHatch-Detroit-3 2017-Chevrolet-CruzeHatch-Detroit-2 2017-Chevrolet-CruzeHatch-Detroit-1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply