ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng Mat Motor ekzos bising ‘dipaksa’ solat Maghrib berjemaah selepas ditahan

Berita Tempatan

Views

Seramai 11 pesalah jalan raya ‘dipaksa’ menunaikan solat Maghrib berjemaah dan mengikuti tazkirah selepas ditahan pihak berkuasa petang semalam. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, tindakan itu dilakukan sebaik mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah selepas ditahan sempena Op Khas Kesalahan (Bunyi Bising).

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran

Katanya, semua mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun ditahan di Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek dalam operasi yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 8 malam. Tambahnya, mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib, lalu beliau mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Kata Zainuddin, mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota polis. Zainuddin berkata, operasi petang semalam membabitkan dua pegawai serta enam anggota dan sebanyak sembilan motosikal disita.

Katanya, sebanyak 30 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dan yang paling tinggi adalah kesalahan tidak memakai topi keledar. Tambahnya lagi, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Tanah Merah

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply