ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat pegangan pasaran di paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun

Berita Tempatan

Views

Proton berjaya mencatatkan jualan 11,873 unit (pasaran tempatan dan eksport) pada bulan Februari yang merupakan jualan paling tinggi bagi bulan yang sama sejak lebih sedekad lalu. Selain itu, Proton juga mencatatkan pegangan pasaran sebanyak 27.1 peratus, tahap tertinggi semenjak September 2013.

Pada bulan Februari, Proton berada di tangga kedua setelah mencatat hampir dua kali ganda jualan berbanding 5,964 unit yang dijual pada bulan Januari. Jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun lalu, ia sebanyak 19.9 peratus manakala jumlah kumulatif dua bulan pertama 2021 masih kurang 643 unit atau 3.5 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Proton juga menerima lebih daripada 30,000 tempahan X50 sebelum akhir tahun lalu dan kini tempoh menunggu telah meningkat akibat kelewatan yang dialami di barisan pengeluaran dan fokus syarikat kepada kualiti. Bulan lalu sebanyak 3,345 unit telah dihantar dan setakat ini 8,141 unit berada di tangan pembeli.

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran

X50 muncul sebagai SUV paling laris di Malaysia dalam segmennya, manakala sebanyak 1,475 unit X70 telah berjaya dijual. Secara kumulatif, sebanyak 4,820 unit SUV telah terjual pada bulan Februari, namun Saga kekal menjadi model terlaris Proton dengan jualan sebanyak 4,217 unit.

Saga juga menjadi model pertama Proton dijual di Kenya apabila kenderaan yang dipasang siap di sana oleh Simba Corporation telah pun dilancarkan pada 25 Februari. Persona pula muncul sebagai sedan segmen-B terlaris dengan jualan sebanyak 1,818 unit, manakala Exora kekal menerajui MPV segmen-C dan Iriz di tempat ketiga bagi hatchback segmen-B.

Baru-baru ini Proton telah melancarkan empat model edisi khas, iaitu Persona dan Exora Black Edition serta Saga dan Iriz R3 Limited Edition yang dihasilkan dalam jumlah yang terhad. Hanya 3,500 unit akan ditawarkan ke pasaran dan setakat 26 Februari, sebanyak 1,169 tempahan telah pun diterima.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Pengeluar kereta nasional itu juga telah melaksanakan strategi 10-tahun yang meliputi peningkatan kualiti pengeluaran dan kini markah kualiti Proton hampir setanding dengan Geely. Proton juga memiliki jumlah fasiliti 3S/4S yang tertinggi dan telah berjaya mengubah tumpuan kepada perniagaan borong dari perniagaan yang ditumpukan kepada pengguna.

Pada tahun ini, syarikat akan memberi tumpuan kepada pemulihan rantaian nilai lepas jualan supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman jenama premium selepas membeli kenderaan mereka.

Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, mereka sedang bekerja tanpa henti untuk mengatasi masalah integrasi sekali gus menyebabkan kelewatan bagi pelanggan yang memerlukan khidmat pembaikan kemalangan serta servis. Tambahnya, pelanggan yang terjejas diminta untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan, 1- 800-88-8398.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply