ARKIB

KATEGORI

Info

GR Velocity 2021 kian hangat!

Info

Views

Sekali lagi demam perlumbaan maya (e-racing) melanda dengan 800 pemandu maya terbaik negara berlumba untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM70,000 dan peluang untuk mewakili Malaysia di peringkat dunia.

Esok, Sabtu 18 September menyaksikan pertarungan peringkat separuh akhir bermula dan mereka yang berjaya akan bersaing pada pusingan akhir pada Ahad, 19 September. Selain dari wang tunai RM20,000 untuk tempat teratas, pertandingan dijangka sengit untuk dua lagi tempat teratas bagi merebut peluang untuk mewakili negara di peringkat dunia.

Untuk ramai pemandu, peluang untuk merebut tiga tempat teratas untuk penghormatan mewakili Malaysia di pusingan kelayakan zon Pasifik di kejuaraan GR GT Cup Asia adalah hadiah yang lebih besar. Acara e-sukan seperti ini kian popular kerana ia boleh disertai oleh sesiapa sahaja, tidak memerlukan kereta yang berharga ratusan ribu, hanya sebuah komputer untuk latihan.

Pada tahun pertama GR Velocity 2018, hanya 400 pelumba yang mengambil bahagian tetapi angka ini sudah berganda pada GR Velocity 2021 kepada 800 pemandu. Yang lebih hebat lagi, jumlah penonton meningkat mendadak dari 10,000 orang pada tahun 2018 kepada lebih satu juta orang pada GR Velocity 2020.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Peningkatan 100 kali ganda ini membuktikan bahawa pertandingan perlumbaan maya adalah sangat popular dan relevan kepada anak muda. Jika pada tahun tahun sebelum ini acara dianjurkan di ruang awam, pusingan akhir tahun ini diadakan sepenuhnya secara dalam talian dengan semua pemandu berlumba dari rumah.

Kejuaraan ini dianjurkan atas pelantar Gran Turismo Sport oleh Sony PlayStation dan penonton boleh mengikuti perlumbaan berkenaan yang akan disiarkan di laman Facebook dan Youtube Toyota Gazoo Racing Malaysia dan Saluran eGG Astro.

Pusingan kelayakan untuk tahun ini telah berlangsung dari 21 hingga 29 Ogos sementara pusingan suku akhir pula dianjurkan pada 4 dan 5 September untuk menyaring 40 pemandu terbaik bagi pusingan separuh akhir. Saluran Astro eGG bersama FB page TGR Malaysia dan juga saluran YouTube TGR akan menyiarkan pusingan separuh akhir secara langsung untuk 20 persaingan teratas pada 18 September.

Pusingan akhir akan diadakan pada keesokannya, iaitu 19 September dan akan disiarkan dsecara langsung pada saluran yang sama. Beberapa orang mantan juara telah kembali untuk merebut tempat teratas dan mereka ialah Taj Aiman, Iqbal Suji dan Mior Haifz yang cemerlang pada tahun 2020 disamping Muhammad Uzair yang bertanding pada tahun 2018.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kejuaraan maya seperti ini tidak memerlukan kereta yang mahal tetapi pemandu tetap dapat memilih jentera maya yang mengujakan, antaranya ialah GR Supra Racing Concept semasa pusingan kelayakan. Pesaing dalam pusingan suku akhir pula bertarung dengan jentera GR Yaris, satu lagenda moden dan antara tiga kereta yang pernah mendapat skor sempurna 10/10 dari program permotoran BBC Top Gear dari UK.

Untuk Sabtu ini , mereka yang bersaing dalam pusingan separuh akhir akan menggunakan jentera maya Toyota 2000GT yang ikonik, sudah tentu mengujakan untuk melihat jentera bersejarah ini bertarung di litar.
Untuk pusingan akhir pula kita akan melihat jentera FT-1 Vision Gran Turisomo GR.3 dan jentera lumba Hybrid Toyota TS050 yang telah muncul juara tiga kali perlumbaan lasak 24 jam Le Mans.

Hujung minggu ini akan juga menyaksikan pemandu GR Velocity mengambil bahagian dalam perlumbaan pertunjukan dalam empat kategori iaitu Super Sporting, Sporting, Rookies dan Promotional Class. Jumlah lumayan RM70,000 disediakan sebagai hadiah dimana juara akan pulang dengan RM20,000, tempat kedua RM10,000 sementara tempat ketiga akan menerima RM7,500.

Senarai penuh hadiah ada di bawah untuk rujukan semua. Jika ada yang menyesal tidak mengambil bahagian tahun ini, anda sudah boleh mula berlatih untuk tahun depan kerana selain dari wang ringgit, tiga pelumba terhebat akan mewakili Malaysia di pusingan kelayakan zon Pasifik untuk kejuaraan GR GT Cup Asia.

Sebenarnya ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa latihan perlumbaan maya boleh membantu pemandu meningkatkan kebolehan, malah ia kini adalah sebahagian dari rejim latihan pemandu di semua peringkat, termasuklah Formula 1.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply