ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Triton lawan arus berdepan hukuman gantung

Berita Tempatan

Views

Seorang eksekutif pemasaran yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan dua remaja terkorban di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Ahad lalu bakal berdepan hukuman lebih berat.

Ini susulan polis telah mengklasifikasikan semula kes mengikut 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Menurut K!ONLINE, sebelum ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Mengikut seksyen itu hanya memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Terdahulu, suspek berusia 24 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9.20 pagi untuk proses lanjutan reman selepas reman enam harinya berkaitan Seksyen 41 (1) APJ 1987 berakhir hari ini.

Timbalan Pendaftar Norliza Hussin membenarkan lanjutan reman tiga hari selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Peguam Ravi Nekoo dan Peguam R. Thanuja mewakili suspek tersebut. Difahamkan suspek mempunyai 20 rekod saman lampau sebelum ini termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Ahad lalu, dua remaja iaitu, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus.

Hasil ujian air kencing mendapati pemandu Mitsubishi Triton itu positif ganja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply