ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear guna getah berasaskan minyak kacang soya dalam pembuatan tayar

Views

Inovasi terkini dari Goodyear Tire & Rubber Company kini sedang mula digunapakai dalam teknologi pembuatan tayar dengan menggunakan getah berasaskan minyak kacang soya dan ia disokong penuh oleh United Soybean Board (USB). Penggunaan kali pertama bahan ini secara komersil berjaya membantu Goodyear mempertingkatkan prestasi tayar dalam keadaan kering, basah dan bersalji.

Pasukan saintis dan jurutera Goodyear telah berjaya mencipta sebatian bunga tayar atau formulasi menggunakan minyak kacang soya yang merupakan bahan semulajadi, kos efektif, neutral karbon dan boleh diperbaharui. Dengan menggunakan minyak kacang soya dalam pembuatan tayar, Goodyear telah menemui cara baru untuk membantu mengekalkan kompaun getah yang lentur dalam perubahan suhu, dan ia merupakan pencapaian yang membanggakan dalam mengekalkan serta meningkatkan cengkaman kenderaan pada permukaan jalan.

Ujian yang dilakukan oleh Goodyear menunjukkan getah yang diperbuat dari minyak kacang soya bercampur dengan lebih mudah dalam sebatian silika yang diperkuatkan dalam pembuatan tayar. Ia juga mempertingkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga. Goodyear bekerjasama dengan USB, sekumpulan pengarah-peladang untuk menjayakan projek ini. USB turut memberikan bantuan kewangan untuk membangunkan penggunaan minyak kacang soya dalam pembuatan tayar Goodyear.

Pengkomersilan minyak kacang soya dalam pembuatan tayar adalah penemuan teknologi terkini dari Goodyear selain dari inovasi sebelumnya seperti penggunaan silika dari abu sekam padi, serat karbon, DuPontÔ Kevlar®, pasir gunung berapi dan banyak lagi. Goodyear yang merupakan salah satu daripada pembuat tayar terbesar di dunia, mempunyai 65,000 orang pekerja dan 47 kilang pengeluaran di 21 buah negara seluruh dunia. Dua Pusat Inovasi mereka yang terletak di Akron, Ohio dan Colmar-Berg, Luxembourg kini berusaha untuk membangunkan produk dan perkhidmatan terkini yang menetapkan piawaian teknologi dan prestasi bagi industri.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply