ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia lancar GWM Haval H6 HEV – Versi CKD, harga RM139,800

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan SUV hibrid segmen-C, GWM Haval H6 HEV ke pasaran tempatan.

Ditawarkan dengan satu varian sahaja, model pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan dari kilang EP Manufacturing Berhad (EPMB), Melaka itu dijual pada harga RM139,800.

Lima pilihan ditawarkan, iaitu Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black. Bagi meraikan pelancaran ini, GWM Malaysia menawarkan pakej menarik kepada pemilik GWM Haval H6 HEV, yang merangkumi:

Tawaran Istimewa:

  • Servis penyelenggaraan percuma selama 5 tahun kepada pemilik yang mendaftarkan GWM Haval H6 HEV pada tahun 2024 (termasuk alat ganti dan kos buruh).
  • Tawaran pelancaran – Rebat RM3,000 kepada pemilik yang melakukan tempahan selewat lewatnya pada 20 Oktober 2024.
  • Tawaran kesetiaan pelanggan GWM – Rebat tambahan RM3,000 kepada pemilik kenderaan GWM sedia ada.

Waranti:

  • Waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000km.
  • Waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000km.
  • Waranti penuh kenderaan selama 7 tahun atau 200,000km (kecuali bahagian haus dan lusuh).

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Dinobatkan sebagai ‘SUV Terlaris di China‘ selama 9 tahun berturut-turut, ia telah membuktikan reputasi gahnya dengan rekod jualan global melebihi 4 juta unit.

GWM Haval H6 HEV dikuasakan oleh enjin turbo hibrid 1.5-liter yang menjana output 243 PS dan 530 Nm daya kilas. Teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission‘ (DHT) membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 7.7 saat.

Ia didatangkan dengan mod ‘Parallel Drive‘ yang inovatif, dengan penggunaan bahan api pada kadar 5.8L/100km. Ini membolehkan anda menikmati perjalanan sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh.

Reka bentuk luaran  SUV hibrid ini menampilkan lampu depan LED ultra-terang dan lampu belakang LED mendatar yang meningkatkan kualiti penglihatan pada waktu malam.

Rekaan hadapan kenderaan ini menampilkan jeriji ‘Star Matrix‘ dengan rekaan geometri yang memberikan gaya mewah, di samping menambah baik aliran udara untuk prestasi pemanduan yang lebih baik.

Lampu brek ‘dual centre spoiler‘ mempunyai reka bentuk futuristik yang meningkatkan daya penglihatan untuk pemandu di belakang, terutamanya sewaktu membrek.

Rekaan luaran SUV ini disempurnakan lagi dengan rim aloi 19-inci yang menawarkan ketahanan, pengendalian unggul, dan kestabilan di lebuh raya dan permukaan jalan yang mencabar.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Ruang dalaman SUV ini dilengkapi tempat duduk dengan pelarasan kuasa 8-hala termasuk sokongan lumbar, fungsi ‘Boss Switch‘, tempat duduk hadapan berventilasi dan ergonomik serta bumbung panoramik.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tombol gear jenis berputar, konsol tengah dua peringkat, paparan inforia 12.3-inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, panel instrumen digital 10.25-inci, sistem audio 8-pembesar suara, paparan dongak (Head-up Display), pengecasan niwayar dan pembersih udara ion negatif.

Aspek keselamatannya pula terdiri daripada Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Pengecaman Tanda Trafik (TSR)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA) dengan Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Mengundur Auto (ARA)

Selain itu, GWM Haval H6 HEV juga dilengkapi dengan enam beg udara dan kerangka badan yang dibina menggunakan 71.61 peratus keluli berkekuatan tinggi serta keluli tempaan termo (thermoformed) 2000MPa.

Bersempena dengan pelancaran model ini, GWM Malaysia bakal menganjurkan Hari Keluarga GWM dari 18 hingga 20 Oktober 2024, bertempat di KL Base.

Sepanjang acara ini berlangsung, anda berpeluang untuk merasai pengalaman sebenar bersama barisan penuh model kenderaan GWM, termasuk GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300, dan GWM Haval H6 HEV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply