GWM Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan unit yang ke-500, GWM TANK 300 di Malaysia. Ini sekali gus menunjukkan bahawa model SUV ‘off-road‘ antara yang terlaris di China ini, berjaya memikat hati pemandu di Malaysia.
Pencapaian ini membuktikan populariti GWM TANK 300 yang semakin meningkat di negara ini, menjadikannya antara pilihan utama dalam kalangan peminat ‘off-road‘.
Direka untuk menakluki pelbagai permukaan lasak serta menawarkan keselesaan premium, GWM TANK 300 kini menjadi simbol kekuatan, keandalan, dan inovasi dalam industri automotif Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, pihaknya amat berbangga melihat sambutan dan impak besar GWM TANK 300 di Malaysia sama seperti di China.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Pemilik GWM TANK 300 yang ke-500, Pn. Wong turut berkongsi keterujaannya dan berkata, dia amat terpesona akan reka bentuk dan keupayaan model tersebut setelah pertama kali melihatnya di China.
Ujarnya, apa yang menarik minatnya adalah jarak kelegaan tanah yang tinggi, menjadikannya pilihan terbaik untuk pengembaraan ‘off-road‘.
Bagi meraikan kejayaan ini, GWM Malaysia menawarkan waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi kepada semua pemilik pertama GWM TANK 300.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Selain itu, GWM Malaysia turut menawarkan empat promosi eksklusif kepada pemilik baharu dan sedia ada GWM TANK 300, iaitu:
- Pandu Uji dan Menang: Pandu uji GWM TANK 300 dan berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM 888.
- Beli dan Menang: Miliki GWM TANK 300 dan berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM 8,888.
- Pakej Penyelenggaraan Percuma: Miliki GWM TANK 300 dan nikmati pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun.
- Menangi Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM: Pelanggan yang membuat tempahan GWM TANK 300 dari 1 Mac hingga 31 Mei 2025 akan berpeluang memenangi hadiah eksklusif Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI