ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot Kuching dirasmikan, pusat 3S Peugeot yang pertama di Sarawak

Berita Tempatan

Views

Peugeot Malaysia hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran Peugeot Malaysia Kuching yang dimiliki oleh Heng Lian Enterprise Berhad.

Fasiliti ini juga merupakan pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) Peugeot yang pertama di Sarawak, di bawah Stellantis Malaysia.

Berkeluasan mencecah 4,200 kaki persegi, Peugeot Kuching direka untuk memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada para pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Bilik pameran tersebut dilengkapi dengan ruang pameran empat buah kenderaan dan satu tempat penyerahan bagi memastikan proses penyerahan kenderaan baharu kepada pelanggan yang lebih lancar.

Selain jualan, pusat servis bersepadu itu turut menawarkan perkhidmatan penyelenggaran, pembaikan dan sokongan jaminan bagi memenuhi keperluan komuniti pemandu Peugeot yang semakin meningkat di Sarawak.

Ketua Pegawai Operasi ASEAN dan dan Pengedar Am Stellantis, Daniel Gonzalez berkata, piihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Heng Lian dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam rangkaian pengedaran sebagai Pusat 3S pertama di negeri Sarawak.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Prinsipal Pengedar Peugeot Kuching, Sylvia Ng berkata, Peugeot Kuching bukan sekadar sebuah bilik pameran, tetapi ia merupakan komitmen untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang luar biasa kepada para pelanggan mereka.

Para pelanggan Peugeot Kuching juga bakal menerima manfaat daripada Hotline Khidmat Pelanggan Stellantis di talian 1800-18-STLA (7852).

Ia menawarkan bantuan secara langsung untuk menyelesaikan apa jua persoalan atau masalah dengan efisien. Selain itu, pelanggan boleh terus berhubung dengan pengedar Peugeot Kuching di nombor 016-2171464 untuk mendapatkan bantuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply