ARKIB

KATEGORI

Tular

Halang laluan ambulans di MRR2, polis sahkan pemandu Toyota Camry ada masalah psikiatri

Tular

Views

Pemandu sebuah kereta yang menghalang laluan sebuah ambulans di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam, disahkan ada masalah psikiatri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pihaknya mengesan pemandu wanita berusia 41 tahun itu selepas pemandu ambulans terbabit membuat laporan polis.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, pemandu kereta jenis Toyota Camry itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, pemandu itu didapati menghadapi masalah psikiatri, justeru dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan serta mendapatkan laporan perubatan.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya mengesan rakaman video tular melalui TikTok yang memaparkan laluan ambulans itu dihalang kereta terbabit di MRR2 dari arah Lotus Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 5.35 petang semalam ketika ambulans itu sedang dalam perjalanan dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

Ambulans itu memasang siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit dalam perjalanan dari HUKM menghala ke kediaman pesakit di Ulu Kelang. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee, melalui talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-2026 0267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply